Sengketa membabitkan dua bekas juri program nyanyian American Idol iaitu Mariah Carey dan Nicki Minaj dikatakan menjadi punca rancangan nyanyian itu ditamatkan.
Itu kenyataan yang dikeluarkan sendiri oleh penerbit eksklusif rancangan tersebut, Nigel Lythgoe.
Menurutnya, akibat daripada pertelingkahan kedua-dua ‘diva’ tersebut, peminat mula beralih arah dengan memberi tumpuan yang lebih kepada kontroversi itu lebih daripada peserta sendiri.

Malah, Nigel, 65, menyifatkan keputusan untuk menggandingkan kedua-duanya sebagai juri merupakan kesilapan terbesar yang dibuat produksi tersebut.
Memetik kenyataannya kepada Billboard, “Perbalahan dan drama yang berlaku di antara Mariah dan Nicki telah menyebabkan American Idol sampai ke penghujungnya.
“Mengambil mereka sebagai juri adalah kesilapan paling besar pernah dilakukan tetapi jika mereka tidak digandingkan bersama barangkali program ini berjaya seperti musim terdahulu.”
Gandingan kedua-dua penyanyi itu dibuat pada musim ke-12 pada 2013 lantas menyaksikan kedua-dua mereka bertikam lidah terhadap pemilihan peserta ketika sesi uji bakat.
Ia kemudiannya disebarkan oleh portal hiburan TMZ dan mendapat perhatian seluruh dunia. - mynewshub
Untuk Mula Menonton : KLIK Butang Tonton Video