Pelajar Maut Dihempap Tiang Gol Hoki Semasa Subjek PJK


Seorang pelajar berusia 14 tahun maut selepas satu tiang gol hoki tumbang menghempap dirinya di sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indera Petra 2, Gua Musang, Kelantan.


Pelajar Maut Dihempap Tiang Gol Hoki Semasa Subjek PJK

Dalam kejadian kira-kira 9 pagi tadi, mangsa, Nik Mohd Lutfi Nik Kamarudin dilaporkan sah meninggal dunia di tempat kejadian selepas cedera parah di kepala.

Semasa kejadian, mangsa bersama rakan-rakannya sedang bermain bola di padang sekolah bagi subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

Menurut rakan mangsa, Wan Mustakim Wan Musa, 14, yang melihat insiden tersebut, mangsa terjatuh di depan pintu gol tersebut ketika cuba menjaringkan gol sebelum tiang gol itu tumbang secara tiba-tiba.

“Arwah jatuh tertiarap dan tiang gol tiba-tiba pula tumbang dan menghempap kepalanya.

“Saya dan rakan serta guru bergegas ke arahnya untuk beri pertolongan namun keadaannya sudah parah ketika itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Rajab Ahad Ismail mengesahkan kejadian itu. – MYNEWSHUB

Filled Under: