Pengurus Portgual Fernando Santos enggan mengulas mengenai prestasi Cristiano Ronaldo selepas pemain bintang itu terlepas sepakan penalti yang menyaksikan pasukan tersebut terikat seri tanpa jaringan dengan Austria pada aksi peringkat Kumpulan F Euro 2016, awal pagi Ahad.
Selain gagal menyempurnakan sepakan penalti penting itu, Ronaldo turut terlepas beberapa peluang di depan gol dan tandukannya dibatalkan kerana ofsaid.
Ketika ditanya pemberita bagaimana perasaan Ronaldo, Santos mencelah dengan berkata:" Saya faham tetapi saya enggan mengulas mengenai Cristiano Ronaldo."
Ronaldo yang melakukan 128 penampilan bersama Portugal mengharungi hari yang malang di Parc des Princes selepas usaha untuk muncul pemain pertama menjaringkan gol untuk pasukan terus terbantut.
Secara keseluruhan, Portugal mempunyai 23 percubaan untuk menjaringkan gol manakala Austria sekadar tiga percubaan.
"Kita tidak boleh terus bersedih. Terdapat perlawanan akhir peringkat kumpulan pada 22 Jun ini, final pertama kami pada kejohanan ini.
"Apabila bercakap mengenai pasukan kita tidak boleh menumpukan perhatian terhadap berapa banyak peluang yang kita ada. Adil atau tidak, itulah bola sepak," katanya.-mstar