Langkah Sepanyol di saingan Piala Eropah 2016 amat memalukan selepas mereka tewas kepada skuad Azzurri dalam saingan suku akhir, awal pagi tadi.
Skuad La Furia Roja, kalah 0-2 ke atas Itali apabila gawang David De Gea dibolosi oleh Giorgio Chiellini pada minit ke-33 dan Graziano Pelle pada minit ke-92 masa tambahan.
Sebelumnya jurulatih Sepanyol, Vicente Del Bosque mengakui Itali lebih unggul daripada anak-anak buahnya pada perlawanan tersebut, tetapi ternyata ada punca taktikal lain yang disebut-sebut jadi punca kekalahan Sepanyol.
Lapor Marca, Sepanyol terkena kutukan pakaian putih dan mereka sekali lagi mendapat badi kekalahan ketika memakai jersey kedua ‘away’ itu.
Berdasarkan sejarah pasukan itu, selama menggunakan jersi putih dalam pertandingan besar, Sepanyol mendapat badi. Dalam tiga peluang yang pernah diperolehi mereka terus menanggung nasib buruk tersingkir dari Piala Dunia 1994, Piala Dunia 1998 dan Piala Eropah 2004.

Benar atau tidak kutukan itu, yang jelas sejak awal lagi kostum putih Sepanyol dikritik hebat oleh penyokongnya kerana ramai kurang menyukai corak jersi itu. – MYNEWSHUB