Baru 3 Minggu Aznil Raih Lebih RM500,000


Seperti artis-artis yang lain, Pengacara No. 1 Malaysia Datuk Aznil Nawawi juga tidak ketinggalan melibatkan diri dalam dunia perniagaan apabila memilih untuk menjual produk penjagaan muka yang dikenali sebagai Anell.


Baru 3 Minggu Aznil Raih Lebih RM500,000

Namun, apa yang mengejutkan, tidak sampai sebulan dilancarkan, produk yang dijual dengan harga RM199 ini telah habis terjual sebanyak 3,000 unit dan kini memasuki proses pengeluaran kedua.

Pada masa yang sama, Aznil, 54, sendiri akui tidak menyangka ianya begitu laris dengan cepat.

“Setakat ini jualan sangat memberangsangkan. Saya pun terperanjat, daripada budak umur 12 tahun hingga kakak 60 tahun pakai.

“Kalau saya tahu (sebegini laris) sudah lama saya jual,” kata Aznil kepada Projek MMO.

Sementara itu, Aznil memberitahu dia turut mendapat feedback yang baik apabila ramai yang memuji produk itu mampu mengubah wajah pengguna menjadi tegang dan lebih mulus.

“Soalan yang sering ditanya bagaimana saya nampak muda? Tidak susah hendak kongsikan kerana produk itu rumusannya saya sudah pakai empat tahun lalu.

“Saya dapat banyak maklum balas. Ada pengguna kata baru sahaja tiga hari pakai kawan-kawannya menegur mukanya sudah tegang dan mulus,” ujarnya lagi

Produk Anell yang telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dilengkapi dengan sabun pencuci muka, penyegar dan krim. – MYNEWSHUB

Filled Under: