Zamani Slam Bakal Tamat Zaman Bujang


Mungkin oleh kerana telah lama membujang, Zamani Slam mengakui bahawa dia kini berkeinginan untuk mendirikan rumahtangga sama seperti insan lain selain menyifatkan dirinya bukanlah jenis lelaki yang terlalu memilih.


Zamani Slam Bakal Tamat Zaman Bujang

.“Banyak perkara yang saya belum capai dalam hidup saya. Saya merancang untuk dapatkan perkara normal yang perlu ada dalam kehidupan manusia iaitu hidup berkeluarga. Jodoh tu di tangan Tuhan. Yang ada sekarang ni kawan-kawan adalah”


“Saya ni bukanlah terlalu memilih, cuma yang penting, boleh memahami kita sebaiknya,” katanya ketika disoal tentang rancangan kehidupannya oleh Astro Awani. Untuk perhatian, buat masa ini, Zamani masih belum ada calon.

Malah ketika ini, Zamani juga tidak gemar untuk bercerita tentang masa silamnya selain mahu memberi tumpuan dalam memulakan kehidupan baru. Tambahnya, sebagai insan seni, dia masih lagi mahu meneruskan kerjayanya sebagai penyanyi.-rotikaya

Filled Under: