Soffi Jikan bakal muncul dengan filem terbaru "Keajaiban Kembali"


Pelakon, pengarah dan penerbit, Soffi Jikan bakal muncul dengan filem terbarunya berjudul "Keajaiban Kembali" (Ajib Kembali) yang diterbitkan oleh syarikat miliknya Iman Film.


Soffi Jikan bakal muncul dengan filem terbaru "Keajaiban Kembali"

Menurut pelakon "KL Gangster" ini, filem terbaru terbitannya itu akan menampilkan pelakon hebat seperti Saiful Apek, Khir Rahman dan Fauziah Nawi.

"Filem itu lambat siap kerana saya terpaksa kumpul bajet sendiri. Apabila siap nanti, ia akan ditayangkan terlebih dulu di pusat pengajian tinggi sebelum dibawa ke panggung wayang," katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, pelakon berusia 45 tahun ini yang satu ketika pernah mengeluarkan kenyataan yang dia sudah muak dengan industri filem tempatan berikutan tiada sebarang perubahan sepanjang 20 tahun pembabitannya dalam industri seni kini lebih lebih selektif memilih naskhah.

Soffi menjelaskan sekirannya dia ingin berlakon, dia hanya akan berbuat demikian menerusi filem terbitan produksinya sahaja.

Tetapi dia tidak akan menolak untuk berlakon dengan produksi luar sekiranya naskhah tersebut betul-betul bagus.

Tambah Soffi lagi, walaupun dia sudah lagi tidak berlakon sejak kebelakangan ini, namun dia masih lagi ada beberapa buah filem yang masih menunggu tarikh tayangan.

Sementara itu, Soffi kini lebih memberi fokus kepada bidang nyanyian yang menjadi minat utamanya dengan membuat persembahan di kawasan luar bandar.

Selain itu, dia juga aktif dengan melakukan kerja-kerja amal.-cinema

Filled Under: