Dua pembunuh upahan yang ditembak mati oleh polis di Sibu awal hari ini terlibat enam kes bunuh dan satu cubaan bunuh di Sarawak dan Sabah sejak 2012.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak SAC Dev Kumar berkata tiga daripada kes bunuh dan satu kes cubaan bunuh itu dilakukan di Sibu dan, masing-masing satu kes bunuh di Kuching, Bintulu dan di Penampang, Sabah.
Kes terbaharu yang dilakukan mereka ialah kes menembak mati seorang lelaki bernama Ting Meng Min, 30, di sebuah restoran di Jalan Long Bridge pada 11.25 malam di sini 9 Jan lalu.
“Kita menemui kesan tembakan yang sudah diplaster pada bahagian badan kereta pacuan empat roda Nissan Navara itu yang digunakan penjenayah itu, dipercayai kesan tembakan yang dilepaskan oleh pengawal peribadi Ting semasa kejadian tersebut,” katanya.
Penjenayah terbabit dikenal pasti sebagai Joshua Beti Chong, 44 dari Sri Aman dan pernah ditangkap empat kali di bawah Akta Senjata 1960 dan dua kes bunuh serta pernah dihukum penjara bagi kesalahan di bawah Akta Senjata 1960 pada 2012.
Rakannya dikenal pasti sebagai Awie Ningan, 36 dari Saratok dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
Dev Kumar berkata polis menerima maklumat kehadiran Nissan Navara berwarna putih itu di Sarikei semalam dan mengerahkan dua pasukan JSJ dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak untuk mengesannya.
Semasa membuat pengesanan di Jalan Kelupu-Julau-Durin, mereka terserempak dengan kenderaan terbabit yang dinaiki dua lelaki dalam keadaaan mencurigakan di bulatan Jalan Kanowit, 50km dari sini pada lebih kurang 1.30 pagi.
Dua pasukan itu mengekori kenderaan itu bagi tujuan penahanan, namun saspek menyedari kehadiran polis setibanya di Jambatan Durin lalu terus memecut laju.
Selepas dikejar sejauh 16km, kereta suspek terbabas di Jalan Ulu Oya, berdekatan Lapangan Terbang Sibu, kira-kira 20km dari sini.
“Ketika menghampiri kenderaan itu, anggota kedua-dua pasukan terdengar bunyi dan terlihat api tembakan dari dalam kereta itu lalu berlindung dan membalas dengan enam hingga tujuh tembakan,” kata Dev Kumar.
Apabila membuat pemeriksaan taktikal, mereka mendapati pemandu dan penumpang bahagian hadapan kereta itu telah tersungkur mati dengan sepucuk senapang patah dan satu kelongsong peluru dan dua butir peluru hidup dijumpai berdekatan pemandu.
Dev Kumar berkata modus operandi penjenayah tersebut adalah sama bagi setiap kes iaitu memandu dan melepaskan tembakan terhadap mangsa dari dalam kereta, kecuali satu kes di Kuching di mana motosikal digunakan.
Katanya polis akan meneruskan siasatan bagi mengenal pasti dalang yang mengupah penjenayah tersebut untuk melakukan pembunuhan-pembunuhan terbabit. – BERNAMA