Bekas Pengurus Chelsea, Jose Mourinho semakin hampir untuk menjejakkan kaki ke Old Trafford menggantikan Louis van Gaal sebagai pengurus Manchester United, menurut seorang rakannya pada Ahad.
Pengarah Inter Milan, Bedy Moratti, mendedahkan perkara itu selepas menikmati makan tengah hari bersama Mourinho dan keluarganya di sini.
Kakak kepada bekas Presiden Inter Milan, Massimo Moratti itu memberitahu laman web calciomercato.com mengenai perkara tersebut.
"Kami amat merinduinya sebagai individu di sini tetapi buat masa ini dia gembira, dia akan mengendali Manchester (United)," katanya kepada pemberita.
Malah, Bedy memberitahu Mourinho tidak akan kembali semula bersama Inter Milan.
Mourinho berada di Itali selepas menerima undangan daripada Bedy untuk menyaksikan perlawanan antara Inter dan Sampdoria malam Sabtu.
Sebelum ini, Mourinho dalam satu temubual bersama La Stampa mengumumkan sudah bersedia untuk kembali bekerja selepas berehat selama dua bulan.
Mourinho dipecat oleh Chelsea kerana gagal mengembalikan prestasi pasukan itu pada 17 Disember lalu.
"Buat masa ini, saya menghormati semua jurulatih dan kelab. Saya tidak mencari kelab, tapi kelab-kelab yang mencari saya"," katanya.
Kedudukan pengurus United, Louis van Gaal kini ibarat berada di hujung tanduk selepas anak buahnya tewas FC Midtjylland 2-1 pada aksi Liga Europa, awal pagi Jumaat lalu.-mstar