Manchester United kalah 1-2 kepada Bournemouth menerusi gol yang masing-masing dilakukan oleh Junior Stanislas dan Joshua King pada minit ke-2 dan ke-55 dalam saingan Liga Perdana Inggeris.
Dengan tambahan tiga mata, The Cherries naik ke posisi 14 dengan 16 mata manakala kedudukan United tidak berubah di tempat keempat dengan 30 mata.
Tetapi apa yang lebih mengagumkan adalah pasukan Eddie Howe ini mampu mencipta rekod epik apabila mengalahkan United.
Memetik laporan OptaJoe, Bournemouth mencatatkan rekod sebagai pasukan kedua yang mampu mengalahkan United serta Chelsea secara berturut-turut. Sebelum ini, pencapaian serupa pernah dilakukan oleh Everton pada Februari 2010.
Malah apa yang dilakukan Bournemouth juga dikatakan lebih hebat jika dibandingkan dengan Everton. Memetik kenyataan dari Reuters, kekuatan Bournemouth adalah 40 kali lebih kecil dibandingkan dengan dua pasukan yang telah dikalahkannya.
Kemenangan tersebut membuatkan Howe berasa bangga kerana mereka mampu mengalahkan kelab terkemuka United. Dia berharap mampu sekali lagi meraih kemenangan ketika berdepan Swansea City minggu depan.
"Saya sangat bangga dengan para pemain. Permainan kami harus baik dari segala aspek ketika berdepan pasukan yang berada di kedudukan teratas," kata Howe selepas perlawanan.
“Perkara yang menggembirakan pada hari ini apabila kami dapat meneruskan kecemerlangan kami dengan mengalahkan Manchester United. Kemudian, kemenangan ini juga membangkitkan motivasi kami untuk menghadapi Swansea pada perlawanan akan datang. Saya fikir, pasukan kami tidak selalu dapat mencatatkan keputusan sebaik ini," katanya.-mstar