Mourinho Belum Setuju Urus United - Mendes


Ejen Jose Mourinho, Jorge Mendes menafikan perbincangan telah diadakan bersama Manchester United bagi mendapatkan khidmat bekas pengurus Chelsea itu untuk menggantikan Louis van Gaal sebagai pengurus Red Devils itu.


Mourinho Belum Setuju Urus United - Mendes

Mourinho, yang dipecat Chelsea pada malam Khamis lalu, dikaitkan dengan kontroversi perpindahan ke Old Trafford selepas United gagal menduduki tangga keempat teratas Liga Perdana Inggeris dan tersingkir pada aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.

Namun Mendes yang dilabel sebagai 'ejen terhebat' yang mewakili Mourinho, Cristiano Ronaldo dan beberapa bintang ternama memberitahu media Brazil, Globoesporte bahawa tiada tawaran diterima daripada United terhadap kliennya itu.

"Tidak terima apa-apa tawaran. Kami tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang tetapi buat masa ini tiada persetujuan dicapai.


"Tiada kertas cadangan secara rasmi, berita itu tidak benar," katanya ketika ditanya pemberita mengenai laporan bahawa Mourinho bersetuju untuk berhijrah ke Old Trafford.

Dalam erti kata lain, United dan Mourinho mungkin mengadakan perbincangan secara tidak rasmi.

Bagaimanapun, Mendes tidak menafikan Mourinho pernah menyatakan minat untuk memimpin United.-mstar

Filled Under: