Kumpulan Wings berjaya mencari pengaruh di selatan tanah air bagi menjayakan konsert Wings 30 Tahun yang bakal diadakan di Plaza Angsana, Johor Baru pada 25 Disember ini.
Kembara jelajah yang bermula selama empat hari sejak 10 Disember lalu itu lebih menarik kerana ia disertai kira-kira 30 buah motosikal berkuasa tinggi Harley Davidson yang diketuai sendiri oleh Awie selaku vokalis kumpulan berkenaan.
Konvoi bermula di Palm Mall, Seremban, Negeri Sembilan dan beberapa lokasi lain di Melaka bagi sesi bertemu peminat.
Kumpulan konvoi turut meneruskan misi ke Muar, Batu Pahat dan Kluang sambil mengagihkan barangan cenderamata kepada peminat.
Selain Awie, ia turut disertai oleh anggota Wings lain iaitu Eddie, Black dan Joe.
Dalam acara itu juga, Awie diberi penghormatan merasmikan majlis Bingit Bike Fest iaitu sebuah acara bermotor yang bakal diadakan di Kota Tinggi.
Konvoi turut ke Singapura untuk menjayakan sidang media berkaitan konsert serta bertemu peminat di negara itu.
Acara ini merupakan gabungan kerjasama antara Wing Riders dan AgeTech.
Pada 31 Oktober lalu, Wings berjaya memukau kira-kira 25,000 peminat ketika mengadakan persembahan di Stadium Merdeka walaupun ia diadakan dalam suasana hujan.-mstar