Ejen Cristiano Ronaldo menutup segala kisah pemindahan bintang Real Madrid itu pada masa akan datang dengan memberitahu pemain tersebut mahu mengakhiri karier di Santiago Bernabeu.
Khabar angin sebelum ini mendakwa Ronaldo akan berhijrah ke Paris Saint-Germain (PSG) pada musim depan selain akan pulang ke bekas kelabnya, Manchetser United.
Bagaimanapun ejennya, Jorge Mendes menutup segalan dakwaan dengan mengakui pemenang anugerah Ballon d'Or tiga kali itu akan berada di Real sehingga penghujung karier.
Mendes berkata demikian selepas menerima anugerah ejen bola sepak terbaik dunia di Dubai.
"Dia pemain terbaik sepanjang masa dan saya yakin dia akan terus bermain untuk Real dalam tempoh enam hingga tujuh tahun lagi.
"Dia gembira bersama Los Blancos. Dia akan hanya menggantung but pada usia 40 tahun," jelasnya.-mstar