Pengurus Belanda, Guus Hiddink bakal mengambil alih jawatan Jose Mourinho yang dipecat Chelsea buat sementara waktu, kata bekas penyerang kelab itu, Mateja Kezman.
"Saya tidak tahu sekiranya ia sudah disahkan secara rasmi tetapi Hiddink baharu sahaja memberitahu saya bahawa beliau adalah pengurus baharu kelab itu.
"Hiddink merupakan pengurus berpengalaman dan seorang ahli psikologi yang hebat, jadi saya yakin beliau akan membantu Chelsea menjuarai semula aksi Liga Perdana Inggeris dan terus cemerlang dalam Liga Juara-Juara," kata Kezman yang dipetik menerusi laman web www.index.hr pada Khamis.
Kezman pernah beraksi bersama Chelsea bagi musim 2004-2005.
Hiddink merupakan pilihan utama Chelsea selepas mengambil kira pencapaian terbaiknya membantu The Blues menjuarai Piala FA pada 2009 ketika mengambil alih tugas sementara Luiz Felipe Scolari yang dipecat.
Chelsea menduduki tangga ke-16 aksi Liga Perdana Inggeris musim ini, satu mata di belakang zon penyingkiran dalam 16 perlawanan setakat ini.
Pasukan itu akan menentang Paris St Germain pada kelompok 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara.
Chelsea pada malam Khamis memecat Mourinho selepas gagal mengembalikan prestasi terbaik pasukan itu.
Lebih teruk lagi kelab itu tewas 1-2 di tangan Leicester hujung minggu lalu selepas diaibkan pendatang baharu liga, Bournemounth minggu sebelumnya.
Ia adalah pemecatan kali kedua Mourinho di kelab tersebut.
Mourinho pertama kali dilantik sebagai pengurus Chelsea pada 2004 dan selepas buat pertama kali mengemudi mereka sebagai juara liga dia kemudian dipecat pada 2007.
Dia kemudian kembali ke Chelsea pada 2013 selepas menjadi pengurus Real Madrid.
Dan selepas lima tahun Chelsea terdesak untuk menamatkan kemarau kejuaraan liga, Mourinho berjaya mengembalikan maruah kelab London itu dengan merangkul takhta berkenaan musim lalu.-mstar