Foto Baby Bump Elly Mazlein


Dua bulan setelah mendirikan rumah tangga pada 9 November 2014 bersama suami tercinta iaitu Azmi Hatta, Elly Mazlein hamil namun perkara menyedihkan terjadi apabila dia mengalami keguguran ketika usia kandungannya berusia lapan minggu.


Foto Baby Bump Elly Mazlein

Redha dan menerima kenyataan tersebut, baru-baru ini melalui Harian Metro, Elly telah menyatakan bahawa usia kandungannya sudah pun berusia enam bulan malah dalam masa yang sama mengakui mengambil iktibar daripada kejadian sebelum ini.

“Macam kehamilan pertama dulu saya teruja berkongsi dengan peminat. Kandungan kali ini, saya ikut nasihat orang tua kalau kandungan sudah kuat baru boleh kongsi. Disebabkan itu saya kunci mulut pada awal kandungan”

“Seperti dijanjikan, saya berkongsi berita gembira ini sempena hari jadi saya pada 17 Disember lalu,” katanya yang disahkan hamil pada Januari lalu dan dijangkakan bersalin pada 30 Mac 2016.


Foto Baby Bump Elly Mazlein

Menurut Elly, ketika menerima berita keguguran sebelum ini, dia hilang semangat malah turut mengelak daripada berjumpa dengan sesiapa pun, lebih-lebih lagi ketika itu dia baru kehilangan ibu tersayang.

“Ketika itu saya menjalani penggambaran drama Ema Emyliana 3. Saya tak dapat sembunyikan perasaan sedih dan hilang semangat. Sudah pasti saya sangat mengharapkan kehadiran zuriat. Saya tak nak teruskan penggambaran dan keluar rumah”

“Pendek kata, saya mengelak daripada berjumpa dengan sesiapa pun. Bukan apa, saya jenis tak kuat semangat apatah lagi sebelum berkahwin saya baru kematian ibu. Syukur dengan nikmat dan rezeki diberikan. Tak sangka pula secepat ini”

“Memang seronok apabila diberitahu hamil lagi. Perasaan itu hanya Allah yang tahu. Setiap hari apabila bangun solat Subuh, saya akan mengusap perut sambil mengucap syukur. Boleh dikatakan anak dalam kandungan sangat aktif,” katanya.-rotikaya


Filled Under: