Diego Costa Sedia Pulang Ke Atletico Madrid


Diego Costa sedia meninggalkan Chelsea untuk kembali kepada bekas kelabnya iaitu Atletico Madrid.


Diego Costa Sedia Pulang Ke Atletico Madrid

Penyerang bernilai £32 juta itu dilapor ingin mengikut jejak rakan sepasukannya iaitu Felipe Luis selepas tidak gembira di Chelsea.

Costa yang menjadi penyerang harapan Chelsea kini hanya mampu menjaringkan sebanyak empat gol berbanding 11 gol dalam tempoh sama tahun lalu.

"Kamu tidak akan tahu, lihat apa yang dilakukan Felipe. Hidup ini memang banyak kejutan. Saya sentiasa menyokong Atletico walaupun dari jauh," jelasnya yang pernah beraksi untuk Atletico selama lapan musim.

Chelsea dilapor sedang mengintai beberapa penyerang baru untuk menggantikan Costa dan antaranya ialah bintang Leicester, Jamie Vardy, Alex Teixeira dan Saido Berahino.-mstar

Filled Under: