Semalam baru sahaja berlangsung sambutan hari lahir pertama buat puteri kesayangan Che Ta iaitu Aaisyah Dhia Rana dengan penuh meriah. Selain itu, Che Ta juga telah memberikan hadiah yang sangat bermakna buat anaknya itu.
Selepas pernah menghadiahkan anak sulungnya, Ammar Effendy, 19, sebuah kereta BMW tahun lalu, kali ini Che Ta telah bermurah hati untuk menghadiahkan seutas rantai leher bertatahkan berlian buat puteri bongsunya itu namun dia enggan mengulas lanjut mengenai harga rantai leher tersebut.
“Untuk ulang tahun kelahiran Aaisyah yang pertama, saya dan Zain hanya menghadiahkan seutas rantai leher bertatahkan berlian kepadany,” jelas Che Ta. Kasih sayang ibu bapa terhadap anak tiada tolok bandingnya, begitu jugalah dengan apa yang ingin disampaikan oleh Che Ta.
Selain itu, menurut laporan daripada akhbar Kosmo!, Che Ta tidak mahu mendedahkan jumlah sebenar rantai leher tersebut adalah kerana tidak mahu menunjuk-nunjuk. Apa-apa pun, perkara ini pastinya akan mendapat perhatian peminat setia keluarga ini. Semoga semuanya baik-baik belaka.-rotikaya