Manchester United Sanggup Lakukan Apa Sahaja Untuk Dapatkan Thomas Muller


Manchester United dilapor mahu mendapatkan penyerang Bayern Munich, Thomas Muller pada akhir musim ini walaupun terpaksa mengeluarkan perbelanjaan lebih tinggi.


Manchester United Sanggup Lakukan Apa Sahaja Untuk Dapatkan Thomas Muller

Ejen pemain bola sepak terkenal, Giovanni Branchini memberitahu, pendahulu Liga Perdana Inggeris itu sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan Muller tiba di Old Trafford untuk musim depan.

Ejen kelahiran Itali itu turut mengakui dakwaan bahawa United pernah membuat bidaan sebanyak £71 juta untuk mendapatkan Muler sebelum ini.

"Manchester United mahukan Thomas Muller dengan apa cara sekalipun, saya menghabiskan masa selama sehari untuk menerangkan kepada Bayern Munich yang enggan melepaskan pemain tersebut," dedah Branchini.

Tambahnya, kelab Liga Perdana Inggeris mempunyai dana yang banyak berikutan perjanjian baharu dengan pihak penyiaran dan berikutan itu kewangan bukan menjadi masalah untuk mereka.

Selain itu, pengedali United, Louis Van Gaal dikatakan meminati Muller dan mempunyai agenda tersendiri jika pemain itu berjaya tiba di Old Trafford.-mstar

Filled Under: