Kelayakan Euro 2016: Belgium Bakal Duduki Ranking No.1 Dunia


Pasukan Belgium bakal menghuni kedudukan ranking FIFA No.1 dunia selepas mencipta kemenangan 3-1 ke atas Israel dalam saingan Kelayakan Euro 2016 awal pagi Rabu.


Kelayakan Euro 2016: Belgium Bakal Duduki Ranking No.1 Dunia

Kemenangan tersebut memberi makna besar untuk skuad bimbingan Marc Wilmots itu, manakala ia menjadi noktah buat Israel yang memasang impian untuk beraksi di Perancis tahun hadapan.

Kombinasi mantap Dries Mertens dan Kevin De Bruyne dengan meletakkan Belgium di hadapan pada minit ke-64 dan 78' manakala pemain tengah Chelsea, Eden Hazard memastikan pasukannya menang selesa dengan jaringan ketiga enam minit sebelum masa permainan sebenar berakhir.

Mengikut keputusan perlawanan sebelum ini, Belgium sudah pun layak ke saingan Euro 2016 selepas mencipta kemenangan 4-1 ke atas Andorra pada aksi Sabtu lalu dan kemenangan terbaharu ini mengukuhkan kedudukan mereka di tangga teratas (23 mata) Kumpulan B dengan kelebihan dua mata daripada Wales.

"Saya terlalu teruja.Ya! No.1 dunia," jelas Mertens gembira dengan pencapaian Belgium yang sebelum ini berada di kedudukan ke-71 dunia (2007) sebelum merampas posisi yang dikuasai pasukan Jerman dan Argentina.

Belgium sebelum ini berada di tangga ketiga dunia namun berjaya mengubah kedudukan tersebut selepas kemenangan ke atas Israel malah faktor kekalahan pasukan di ranking kedua dunia, Jerman (Republik Ireland) dan Argentina (Ecuador) menjadi faktor kemaraan skuad The Red Devils untuk menghuni kedudukan No.1 dunia buat kali pertama dalam sejarah bola sepak mereka.-mstar

Filled Under: