Akhirnya masa yang dinantikan telah tiba. Walaupun keadaan agak cemas tetapi semuanya berjalan dengan lancar. Azri AF boleh menarik nafas lega apabila isterinya, Salma telah melahirkan cahaya mata mereka yang pertama pada 13 Oktober 2015 jam 9:31 malam.
Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh Azri di aplikasi WhatsApp. “Alhamdullillah. Isteri saya, Salma sudah selamat melahirkan bayi perempuan seberat 4.1kg secara pembedahan di Hospital Serdang. Sepatutnya Salma dijangka bersalin bulan November tetapi lain pula jadinya. Ini mengejutkan kami sekeluarga sebenarnya. Doktor yang mencadangkan supaya Salma menjalani pembedahan”, cerita Azri.
Tambah Azri lagi, “ Setelah doktor membuat pemeriksaan, doktor terus mencadangkan untuk membuat pembedahan kerana bayi agak besar. Doktor juga menjelaskan boleh bersalin normal tetapi jika bayi keluar lambat risikonya bayi mungkin lemas atau cacat. Tetapi saya cemas kerana ini adalah satu keputusan yang besar kerana jika bersalin secara normal ataupun pembedahan ia tetapi risiko tinggi. Jika pembedahan risiko kepada Salma manakala kalau normal risiko kepada bayi. Saya berada ditengah-tengah. Tetapi alhamdullilah semuanya selamat dan berjalan dengan lancar”.
Azri dan Salma telah memilih nama untuk bayi perempuan mereka. “Saya dapat nama ini dalam mimpi. Saya pun tidak tahu macam mana hendak cerita. Tetapi yang peliknya kami belum tahu lagi jantina bayi kami. Jadi nama indah yang muncul dalam mimpi saya ini kami berikan kepada bayi kami, Andi Raisya binti Mohamad Azri. Terima kasih kepada anda semua yang mendoakan kesejahteraan Salma dan anak kami”, tutur Azri.-http://era.fm