Baru-baru ini, seorang pelakon baru, Bil Azali telah bertindak menumbuk abang iparnya sendiri gara-gara kerana mengabaikan tanggungjawab sebagai suami kepada kakaknya malah Bil sendiri mengakui tidak menyesal dengan apa yang dilakukanya itu.
“Memang saya tumbuk muka dan badan Asfan pada Sabtu lalu. Jujurnya benda itu berlaku di luar jangkaan saya sendiri. Tapi bila iman dan kesabaran sudah dicabar, saya terus hilang kawalan. Sebelum terjadi perkara itu, saya masih okey lagi dengan Asfan dan adalah kami berbual-bual”
“Manusia biasa seperti saya ada tahap kesabarannya, tapi bila iman dan sabar saya sudah dicabar sejak dua tiga tahun lamanya maka ia akan jadi macam inilah. Saya jenis yang susah nak sentuh orang apatah lagi nak cari pasal, tapi bila sudah dijentik, jadi macam inilah”
“Cukup sekadar saya katakan ia terlalu peribadi untuk diberitahu kepada umum. Saya tak nak nanti ia akan mendatangkan malu pada Asfan bila dia disoal benda yang sama. Saya tak mahu tutup periuk nasi dia. Ini masalah dalaman keluarga jadi saya perlu fikirkan dari banyak segi,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Selain itu, tambah Bil lagi, keluarganya juga tidak menghalang perbuatannya itu dan mengakui jika mengikut undang-undang, dia sememangnya bersalah. Bagaimanapun, ia juga sebagai salah satu langkah peringatan kepada penyanyi Asfan agar kembali membahagiakan keluarga.-rotikaya