Satu mesej menasihatkan ibu bapa kepada calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) membeli akhbar Berita Harian keluaran semalam, telah menjadi viral menerusi aplikasi WhatsApp.
Menerusi mesej yang tersebar itu, calon UPSR diminta untuk membuat soalan yang disediakan dalam ruangan Didik khususnya bagi subjek English.
Difahamkan, mesej viral itu telah disebarkan oleh tenaga pengajar dari sekolah tertentu.

Hal ini sekali gus mencetuskan persoalan ramai sama ada kertas peperiksaan bagi subjek English yang bakal berlangsung esok telah bocor.
Apatah lagi, mengimbas kembali episod duka buat calon UPSR tahun 2014 lalu apabila beberapa subjek dikatakan bocor sehingga peperiksaan terpaksa dijalankan semula.
Justeru, perkara ini sedikit sebanyak pastinya menimbulkan kerisauan pada ibu bapa dan calon UPSR tentang dakwaan yang sedang bertiup kencang itu.
Bagaimanapun, ada pihak mendakwa soalan yang disiarkan oleh ruangan Didik itu hanyalah soalan ramalan semata-mata dan bukan soalan bocor seperti dakwaan orang ramai.

Soalan itu dikatakan mempunyai bentuk yang seakan-akan sama jadi boleh dijadikan rujukan bagi membayangkan soalan kertas peperiksaan sebenar.
Sejauh mana kebenarannya, sama-samalah kita nantikan selepas selesai peperiksaan subjek English esok.-mynewshub