Mia Ahmad & Syarul Ridzwan Kini Putus Cinta?


Bila ditanya bercinta ke tidak, dijawabnya tidak. Mahu pun Mia Ahmad atau juga Syarul Ridzwan masing-masing berahsia tetapi melalui sumber yang diperolehi daripada Beautifulnara, mereka dikatakan sudah pun putus cinta. Elok sangatlah, nanti biar ibu saja yang cari bakal suami Mia, ya?


Mia Ahmad & Syarul Ridzwan Kini Putus Cinta?

Menurut portal hiburan itu lagi, pasangan ini dikatakan telah memadamkan gambar sweet bersama di akaun Instagram persis pasangan lain di atas dunia ini yang mahu menunjukkan bahawa mereka sudah putus cinta.

Perkara tersebut turut diperkatakan peminat mereka di ruang komen malah ada peminat setia pasangan ini sungguh bersemangat mendoakan Mia dan Syarul agar hubungan mereka berakhir dengan perkahwinan setiap kali selepas solat dan sangat hampa dengan apa yang terjadi. Tidak tahulah sama ada benar atau sekadar memerli.


Mia Ahmad & Syarul Ridzwan Kini Putus Cinta?

Mungkin apabila tiba masa yang sesuai, Mia dan juga Syarul akan memberi penjelasan. Malah peminat juga ingin tahu kebenaran di sebalik apa yang terjadi. Apa yang pasti, iringan doa daripada peminat terhadap pasangan ini tidak pernah henti katanya, syukurlah.-rotikaya

Filled Under: