Boleh Jadi Contoh Untuk Pemimpin Di Malaysia


Kritikan dan kemarahan rakyat berhubung perbelanjaan perjalanannya mendorong Speaker Parlimen Australia, Bronwyn Bishop mengumumkan peletakan jawatannya.


Boleh Jadi Contoh Untuk Pemimpin Di Malaysia

Perkembangan itu berlaku selepas Perdana Menteri Tony Abbott memberitahu bahawa keistimewaan yang dimiliki ahli-ahli politik di negara itu akan disemak semula.

Anggota Parti Liberal pimpinan Abbott itu dikritik selama lebih tiga minggu selepas pihak media melaporkan beliau menggunakan wang pembayar cukai bagi membiayai kos perjalanannya termasuk membayar AS$3,600 (RM13,762) untuk menaiki helikopter sejauh 80 kilometer ke majlis untuk mengumpul dana politik pada November 2014.

“Bukan mudah untuk saya membuat keputusan ini. Namun, kerana perasaan sayang dan menghormati institusi Parlimen serta rakyat Australia, saya meletak jawatan sebagai Speaker,” kata pemimpin berusia 72 tahun yang memegang jawatan itu sejak 2013.

Abbott berkata, semakan asas mengenai keistimewaan anggota Parlimen akan dilakukan kerana orang ramai berhak untuk mendapat jaminan bahawa wang pembayar cukai tidak disalahgunakan.

“Apa yang berlaku sejak beberapa hari lalu bukan berpunca daripada individu tertentu tetapi menjurus kepada sistem keistimewaan itu sendiri.

“Terdapat terlalu banyak situasi yang mana anggota Parlimen boleh melakukan perkara yang diperuntukkan di bawah keistimewaannya tetapi boleh menimbulkan kemarahan umum,” tambah Abbott pada sidang media.

Terdahulu Bishop memberitahu, beliau akan membayar semula tuntutan kos helikopter itu bersama penalti 25 peratus dan menyifatkan bayaran yang dikenakan sebagai terlalu mahal serta tidak munasabah. – AFP

Filled Under: