Alhamdulillah. Tahniah diucapkan kepada Mon Ryanti dan suami kerana telah pun menyambut kehadiran cahaya mata pertama mereka pada 12 Julai lalu. Bayi lelaki tersebut telah dilahirkan dengan berat 3.1 kilogram secara normal di Columbia Asia Hospital, Bukit Rimau, Shah Alam kira-kira jam 7.17 pagi. Untuk makluman, Mon Ryanti dan suami, Mohd Hasrul Ali telah pun disatukan sebagai pasangan suami isteri pada 13 September tahun lalu.
Pastinya Mon Ryanti dan suami teruja dengan kehadiran anak sulung mereka ini. Selamat berjaga malam diucapkan. Semoga segalanya dipermudahkan buat anda berdua. Banyak cabaran membesarkan anak terutamanya dalam keadaan sekarang. Banyakkan bersabar dan masing-masing kenalah ringan tulang bantu membantu sesama sendiri. Tahniah Mon dan suami!!!-beautifulnara