Bekas Suami Nabila Huda dan Elizabeth Tan Bercinta?


Nampaknya kali ini sekali lagi nama Elizabeth Tan dikaitkan bercinta dengan bekas suami Nabila Huda, Zaidy Zailani atau lebih dikenali sebagai Eddie. Bagaimanapun, Eddie menafikan perkara tersebut.


Bekas Suami Nabila Huda dan Elizabeth Tan Bercinta?

“Saya tidak bercinta dengan Elizabeth. Saya hanya berkawan baik dengan dia kerana berada di bawah satu pengurusan yang sama dan kami pernah bekerjasama sebelum ini. Elizabeth dan Tiga Swagger (kumpulan yang disetainya) juga bakal muncul dengan lagu terbaru yang berjudul Sayang Pulanglah Sayang”

“Ini pertama kali saya mendengar dakwaan ini. Saya tak pernah berjumpa secara peribadi dengan Elizabeth. Saya hanya berjumpa dengan dia hanya di pejabat dan acara di luar, semuanya atas urusan kerja. Saya terkejut dengan dakwaan ini,” jelas Eddie.

Eddie mendirikan rumah tangga dengan Nabila Huda pada 6 Disember 2008 dan mereka berpisah pada tahun 2011. Hasil perkahwinan Eddie dan Nabila, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Keisha Laila yang kini berusia lima tahun.-rotikaya

Filled Under: