Satu ketika dulu gitaris Kristal, Rodi pernah bercinta dengan penyanyi Syura selepas digandingkan dalam satu sesi fotografi untuk sebuah majalah.
Bagaimanapun, hubungan itu hanya mampu bertahan seketika dan Syura akhirnya berkahwin dengan jejaka pilihannya.
Apapun itu kisah lama. Kini Rodi dikatakan sudah bertemu pengganti dan menghadiri kursus perkahwinan dengan bakal suri hidupnya, bintang Akademi Fantasia musim kelapan, Emma Shuhaimi yang juga kakak Adira.
Hadir mempromosikan album solonya di Balai Berita, baru-baru ini, jejaka berusia 29 tahun itu mengesahkan perkhabaran berkenaan namun tidak banyak yang dikongsi kerana perlu menjaga hati keluarga bakal isteri.
“Saya pernah berkawan dengan beberapa wanita tetapi semuanya tidak menjadi. Dengan Syura dulu pun mungkin saya masih belum matang.
“Kalau boleh saya tidak mahu terlalu terbuka bercerita mengenai bakal isteri kerana kami belum bertunang. Ketika keluarga Emma datang ke Kuala Lumpur, baru-baru ini saya hantar rombongan merisik.
“Insya-Allah kami akan bertunang tahun ini juga dan masih mencari tarikh sesuai,” katanya.
Menyingkap detik perkenalan mereka, Rodi berkata, Emma berbakat mencipta lagu dan kerap datang ke studionya.
Apabila sering bekerjasama, timbul rasa sayang di hati dan sepakat untuk ke fasa lebih serius.
“Ketika kenal Emma, saya sudah ada kekasih, begitu juga dia. Apabila sama-sama putus cinta, kami selalu berbual dan semakin rapat.
“Awal tahun ini, kami ambil keputusan untuk berkahwin. Perkara baik seperti ini bagi saya tidak perlu dilengah-lengahkan,” kata Rodi yang turut memuji Emma rajin memasak dan pandai mengambil hatinya serta keluarga.
Hasilkan album selawat
Impian Rodi menghasilkan album solo instrumental gitar berjaya direalisasikan apabila tampil dengan bingkisan selawat pada Apil lalu.
Album berjudul Petikan Gitar Melodi Selawat ini memuatkan lapan lagu iaitu Selawat Nabi SAW, Ya Thoybah, Solla Alaikallah Adnani, Tolaal Badru Alaina, Selawat Nabi SAW (Majlis), Solla Alaikallah, Ya Nabi Salam dan Senandung Selawat.
“Sudah lama saya teringin menghasilkan album solo tetapi syarikat agak keberatan berikutan keadaan pasaran yang lesu.
“Satu hari saya berjumpa dengan Isman Nadim (Hijjaz) dan dia beri idea buat lagu berirama selawat.
“Isman bertindak selaku penerbit album ini dan membimbing saya menghasilkan muzik tidak terlalu berat dan boleh diterima semua golongan pendengar,” katanya yang merakamkan album berkenaan pada tahun lalu.-hmetro