Neelofa Dan Rizalman Perang Dingin Gara-gara Hashtag Instagram?


Bulan Ramadan ini, ramai yang mengambil peluang bagi berniaga. Maklumlah, mencari wang lebih untuk sambutan Hari Raya. Dengan kewujudan media sosial, kerja-kerja promosi bagi produk menjadi mudah, apatah lagi jika produk sudah ada nama. Malah, peniaga boleh mewujudkan hashtag menggunakan kata kunci tertentu bagi memudahkan pembeli mendapatkan maklumat mengenai sesuatu produk.


Neelofa Dan Rizalman Perang Dingin Gara-gara Hashtag Instagram?

Pereka fesyen terkenal Rizalman juga melancarkan koleksi fesyen khas untuk hari raya ini yang turut dijual melalui laman membeli-belah online iaitu Zalora. Pereka itu khabarnya telah mengkhususkan hashtag #RizalmanForZalora untuk memantau maklumat dan belian produk Rizalman for Zalora oleh pelanggannya.

Neelofa Dan Rizalman Perang Dingin Gara-gara Hashtag Instagram?

Neelofa Dan Rizalman Perang Dingin Gara-gara Hashtag Instagram?

Namun begitu, agak tidak menyenangkan apabila hashtag #RizalmanForZalora telah disalah gunakan oleh agen-agen penjual tudung Naelofar Hijab. Apabila diklik #RizalmanForZalora, yang ditampilkan ialah maklumat mengenai Naelofar Hijab. Sudah tentu Rizalman mempunyai hak untuk menyuarakan pendapatnya mengenai penyalahgunaan hashtag tersebut. Tulis Rizalman di Instagram miliknya:

    Saya buat HASHTAG rizalmanforzalora ni sbb senang saya nak lihat pemakai2 rekaan saya bergaya sakan dengan belian mereka, jadi janganlah share page ini ok. Kalau meniaga tudung buat cara meniaga tudung… Jaga peradaban perniagaan dalam Islam sebagaimana tudung itu menjaga kehormatan seorang insan. #hanyamenegurbukanmarah

Walaupun secara teknikal perkara ini bukanlah kesalahan Neelofa disebabkan ia dilakukan oleh agen tudungnya, Neelofa tidak berhubung terus dengan Rizalman bagi membuat penerangan. Sebaliknya dia membuat komen di akaun Instagram rakannya yang juga seorang pereka fesyen muda terkenal, Fizi Woo. Rizalman menganggap kata-kata ini ditujukan kepadanya lantas memuatnaik screenshot komen Neelofa ke akaun Instagram miliknya.


Neelofa Dan Rizalman Perang Dingin Gara-gara Hashtag Instagram?

Status ini bagaimanapun telah dipadam oleh Rizalman. Sehubungan itu, Neelofa selepas itu telah memuat naik satu kata-kata mengenai tutur kata seorang lelaki ialah cerminan hatinya.

Ramai berspekulasi yang kata-kata ini ditujukan kepada Rizalman. Perkara ini tidak habis di situ saja kerana Rizalman turut memuat naik gambar masakannya sambil menyindir tudung Naelofar.

Jadi, perkara yang pada asalnya kecil saja sudah bertukar besar. Ada yang menganggap Neelofa tidak sepatutnya memberikan komen sebegitu di Instagram Fizi Woo dan ada juga yang mengatakan Rizalman juga tidak sepatutnya terlalu terkesan dengan apa yang berlaku.

Bagaimanapun, pada pendapat kami perkara ini sebenarnya boleh dielakkan lebih awal dengan mempraktikkan skil perhubungan awam yang baik bagi pihak Neelofa.- beautifulnara

Filled Under: