Hamil 4 Bulan, Peminat Kutuk Erin Malek Gemuk


Aktres drama bersiri Misiku Kuza, Erin Malek atau nama sebenarnya, Nur Arina Abdul Malek mendedahkan ada peminat yang memberikan komen berunsur negatif di laman sosialnya dengan mengatakan dia gemuk. Erin yang kini hamil empat bulan melangsungkan perkahwinan dengan seorang ahli perniagaan, Farriz Fauzy pada 10 Oktober 2014.

Hamil 4 Bulan, Peminat Kutuk Erin Malek Gemuk, info, terkini, hiburan, sensasi, Erin Malek

“Terdapat segelintir pihak yang suka memberikan komen negatif terhadap artis-artis Malaysia, terutamanya di laman Instagram. Saya pun pernah melalui perkara tersebut. Walaupun saya kini sedang mengandung, ada yang memberikan komen dan mengatakan saya gemuk. Apa yang saya boleh buat hanyalah menyekat mereka sahaja. Saya malas mahu memikirkan perkara-perkara negatif seperti itu,” kata Erin memulakan bicara

Tambah Erin, suaminya agak marah dengan sikap segelintir pihak yang suka meninggalkan komen negatif di laman Instagram, namun begitu, lama kelamaan suaminya telah terbiasa dengan perkara itu.

“Suami saya okay sahaja. Dia sudah bersedia dan aware dengan keadaan ini kerana status saya yang merupakan seorang selebriti. Dia kadang-kadang marah juga pada mulanya, tetapi selepas itu saya katakan padanya agar dia menenangkan fikiran dan tidak melayan perkara tersebut. Lama kelamaan, suami saya telah terbiasa,” kata Erin yang ditemui di Majlis Suaikenal Paranormal Studios.

Mengulas mengenai keadaan kandungan, Erin menyatakan yang pada awal trimester pertama, dia mengalami alahan yang teruk dan sering memuntahkan apa yang dia makan.

“Di awal kehamilan, keadaan saya agak teruk. Bila saya makan sahaja, saya akan muntahkan semula makanan saya. Kini apabila kandungan telah memasuki trimester kedua, semuanya beransur pulih. Saya boleh menikmati makanan semula. Alhamdulillah, saya tidak mengidam perkara yang pelik-pelik buat masa ini,” ujarnya lagi.

Disebabkan dia merupakan jenis orang yang tidak gemarkan sayur sebagai makanan harian, Erin akan memastikan dirinya mengambil vitamin sebagai pengganti khasiat sayur-sayuran sepanjang dia hamil.

“Saya orang yang tidak gemar makan sayur. Menyedari hakikat itu, saya memastikan yang saya akan makan vitamin sebagai pengganti sayur untuk kesihatan kandungan saya. Saya juga tidak lupa untuk minum susu setiap malam sebelum tidur,” ujarnya mengakhiri bicara.

Sumber : murai

Filled Under: