Stacy Serahkan Masa Depan Hubungan Pada Jodoh


Jika sebelum ini penyanyi Akim Ahmad seronok bercerita mengenai perjalanan kisah cinta dirinya bersama Stacy, kini kekasihnya itu memberikan kenyataan bahawa dia tidak meletakkan harapan tinggi terhadap perhubungan mereka.


Stacy Serahkan Masa Depan Hubungan Pada Jodoh, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Stacy AF6, Akim Af

Selain itu, timbul pula desas-desus lain mengatakan faktor perbezaan agama antara penghalang hubungan pasangan ini. Bagaimanapun Stacy mempunyai penjelasan tersendiri kepada perkara tersebut.

Menurut Stacy,dia merasakan pada dasarnya hubungan mereka masih di peringkat awal dan sukar untuk dia menjangkakan hala tuju hubungan tersebut pada masa hadapan malah menurut Stacy dia tidak berhak untuk menghalan Akim untuk mengeluarkan kenyataan.

“Hubungan kami sebenarnya masih di peringkat awal dan pada asasnya bukan saya yang mendedahkan perkara itu kepada umum. Sebab itu saya tidak terlalu bercakap soal cinta kerana saya sendiri belum tahu arah tuju hubungan kami ini”

“Sebelum ini pun bukan saya yang buka mulut tentang hubungan kami dan jika ada orang tanya, sebaiknya Akim yang jawab. Saya masih dengan pendirian sama untuk tidak terlalu mendedahkan perkara itu secara terbuka,” katanya kepada mStar Online.

Jelas Stacy lagi, dia masih belum melihat masa depan dalam hubungan mereka dan menyerahkan perkara itu kepada jodoh.


Sumber : rotikaya

Filled Under: