Nomad Cipta Lagu Sendiri Setelah Dicabar


Setelah dicabar oleh beberapa pihak dalam industri hiburan tanah air, penyanyi Nomad akhirnya tampil dengan lagu terbaru hasil ciptaannya sendiri berjudul Dia.


Nomad Cipta Lagu Sendiri Setelah Dicabar, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip

Pernah popular menerusi lagu ‘Tetap Menanti’, Nomad atau nama sebenarya, Nor Alief Ayub, 27, berkata, ramai yang mahu dia membuktikan bakat sebagai komposer berikutan pernah menyertai program realiti pencarian komposer Keynote lima tahun lalu.

    “Selepas saya dikenali sebagai penyanyi dan menyanyikan lagu komposer lain, ramai yang menegur saya dan bertanya bila saya akan muncul dengan lagu sendiri.

    “Jadi saya pun rasa tercabar dan mengambil keputusan keluar dengan single terbaharu berjudul Dia ciptaan sepenuhnya saya sendiri,”.


Jelas Nomad, lagu tersebut yang hanya mengambil masa dua minggu untuk disiapkan, manakala penggambaran klip video dilakukan di Bali, Indonesia juga akan dijadikan lagu tema sebuah drama terbitan Astro berjudul Cikgu Timah Sekolah Bandar yang bakal disiarkan pada Mei depan.


“Saya dapat idea buat lagu ini tiga hari sahaja, cuma ambil masa dua minggu untuk siapkan sepenuhnya proses rakaman. Selepas itu penggambaran klip video dibuat di Bali, Indonesia bersama produksi drama tersebut,”.

Nomad Cipta Lagu Sendiri Setelah Dicabar, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip

Sementara itu, Nomad yang kini menguruskan kerjaya sendiri mengakui lebih mudah untuk dia membuat keputusan yang dirasakan terbaik buat dirinya.

Jelasnya, pengalaman sepanjang setahun berada dibawah syarikat pengurusan sebelum ini banyak mengajar untuk dia belajar selok belok dalam industri.

    “Saya rasa sudah sampai masa untuk saya bergerak sendiri dan buat keputusan yang dirasakan terbaik untuk diri saya,” katanya.


Sumber : gosipmalaysia

Filled Under: