Lelaki Jalani Pemindahan Kepala Ke Badan Baru Pertama


Seorang lelaki yang sedang sakit teruk menjadi individu pertama di dunia yang menawarkan diri untuk menjalani pembedahan pemindahan kepala, dipelopori oleh seorang doktor kontroversi yang digelar `gila’.


Lelaki Jalani Pemindahan Kepala Ke Badan Baru Pertama, info, terkini, sensasi, Valery Spiridonov, Dr. Sergio Canavero


Lelaki itu, Valery Spiridonov, 30, mengalami penyakit saraf dikenali sebagai Werdnig Hoffman.

Menurutnya, dia meletakkan sepenuh kepercayaan terhadap Dr. Sergio Canavero yang mendakwa boleh memotong kepalanya dan kemudian memindahkan kepala itu pada badan yang sihat.

 “Keputusan ini adalah muktamad dan saya tidak mahu menukar fikiran,’’ katanya yang juga seorang saintis komputer.

Valery memberitahu, dia mahu menukar kepada badan yang baru sebelum mati.

“Adakah saya takut?…Ya tentulah saya takut tetapi ia juga amat menarik. Saya juga tiada pilihan lain dan perlu mengambil peluang ini kerana setiap tahun keadaan saya semakin teruk,’’ katanya.

Badan baru itu perlu datangnya daripada penderma yang mengalami mati otak tetapi sihat dan pembedahan selama 36 jam itu dianggarkan bernilai RM40 juta.


Lelaki Jalani Pemindahan Kepala Ke Badan Baru Pertama, info, terkini, sensasi, Valery Spiridonov, Dr. Sergio Canavero


Pembedahan pemindahan kepala yang pertama dilakukan 45 tahun lalu ke atas seekor monyet dan pembedahan asas ke atas seekor tikus dijalankan di China baru-baru ini.

Dalam pada itu, rancangan Dr. Sergio itu dikritik hebat oleh sainstis dunia dengan mereka menyifatkannya sebagi gila. Malah Dr. Sergio juga dikatakan berfantasi.


Sumber : mynewshub

Filled Under: