Dynas Mokhtar mahu bersara dari dunia lakonan


Aktres jelita Dynas Mokhtar menyatakan bahawa dia mahu bersara dari dunia lakonan kerana sudah sampai masanya untuk berundur.


Dynas Mokhtar mahu bersara dari dunia lakonan , info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Dynaz Mokhtar

Bagaimanapun, ibu tunggal anak dua ini berkata dia tidak akan berhenti terus sebaliknya dengan perlahan-lahan.

"Sekarang ini ada ramai bakat baru, jadi sudah tiba masanya saya berundur dan beri peluang kepada orang lain," katanya yang dipetik dari Malaysian Digest.

Dalam pada itu, Dynas yang kini dilihat rapat dengan seorang jejaka menerusi laman sosial Instagram miliknya enggan mendedahkan identiti jejaka tersebut.

"Dia kawan lama saya dan kenal sejak zaman sekolah. Memang dia lelaki yang rapat dengan saya sekarang.

"Saya pernah berjumpa dengan ibunya saja dan ahli keluarga lain belum. Masih awal untuk saya kongsikan tentang perkahwinan."

Pada masa sama Dynas turut berkata dia gembira dengan kehidupan solonya kerana dia dapat melakukan perkara-perkara yang disukai yang tidak dapat dilakukannya selepas berkahwin.

"Kehidupan saya okay. Sekarang saya boleh lakukan semula aktiviti yang saya tinggalkan dulu seperti menyelam dan melancong.

"Anak-anak saya pun okay. Saya jenis suka manjakan anak-anak berbanding dengan bekas suami, dia seorang yang tegas."

Sementara itu, pelakon berusia 32 tahun itu berkata dia masih berhubungan baik dengan bekas suaminya Mohd Hafizi Mohamed.


Sumber : tupai

Filled Under: