David Beckham Akan Kawal Ketat Harper Macam Rapunzel?


Hubungan mesra diantara pemain bola sepak ternama dunia, David Beckham dan anak bongsu kesayangannya, Harper Seven dilihat sangat mesra dan dimanjai oleh sang bapanya itu. Walaupun baru berusia tiga tahun, Harper khabarnya akan dikawal ketat bapanya apabila dia meningkat dewasa kelak.


David Beckham Akan Kawal Ketat Harper Macam Rapunzel?, info, terkini, berita, David Beckham, Repunzel, Harper Seven

Menurut David lagi, walaupun dia menyayangi semua anaknya dengan sama rata tetapi memiliki anak perempuan adalah perkara yang berbeza.

“Menjadi bapa kepada seorang anak perempuan adalah perkara yang mengujakan. Saya tidak kata saya lebih sayangkan Harper berbanding abang-abangnya tetapi anak lelaki lebih suka berdikari,”cerita David tentang kehidupannya sebagai seorang bapa.


David Beckham Akan Kawal Ketat Harper Macam Rapunzel?, info, terkini, berita, David Beckham, Repunzel, Harper Seven

David Beckham Akan Kawal Ketat Harper Macam Rapunzel?, info, terkini, berita, David Beckham, Repunzel, Harper Seven

Selain daripada itu, bekas pemain kelab Manchester United ini turut ditanyakan mengenai perasaannya apabila puteri kesayangnya itu meningkat dewasa, adakah dia akan mengongkong lebih-lebih lagi jika Harper mula kenal erti cinta.

“Dia (Harper) tidak akan bebas keluar untuk bertemu teman istimewa. Dia akan dibesarkan didalam penjagaan saya sahaja, seperti dongeng Rapunzel ,”seloroh David mengenai anak perempuan tunggalnya itu.

David Beckham Akan Kawal Ketat Harper Macam Rapunzel?, info, terkini, berita, David Beckham, Repunzel, Harper Seven

Baru-baru ini kedua mereka dilihat menghabiskan masa bersama berteduh dari panas menikmati ais krim pada minggu cuti Easter di Los Angeles. Bukan sahaja cuti Easter, keluarga Beckham dikatakan berada di LA kerana keinginan Brooklyn untuk menghadiri festival muzik Coachella buat kali pertamanya.

Sumber : murai

Filled Under: