‘Pamela Anderson’ Malaysia Dah Nak Kahwin?


Diam-diam, rupanya empunya diri yang pernah mendapat jolokan ‘Pamela Anderson Malaysia’ iaitu Lana Nodin dikatakan bakal mengakhiri zaman solonya tidak lama lagi.


‘Pamela Anderson’ Malaysia Dah Nak Kahwin?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Lana Nordin

Mana tidaknya, setelah menyepi buat seketika tup-tup Lana Nordin dikhabarkan bakal mengadakan sidang media khas bagi mengumumkan mengenai majlis perkahwinannya kepada rakan-rakan media pada 25 Mac ini, di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.

Berita ini sememangnya mengejutkan ramai namun pasti ramai peminat hiburan tumpang gembira.

Sementara itu, Lana enggan mendedahkan secara terperinci mengenai majlisnya kerana mahu membuat kejutan pada sidang media kelak.

“Datang saja sidang media itu nanti, saya akan jelaskan segala-galanya,” katanya ringkas.

Menerusi laporan Berita Harian, ternyata memang ada desas-desus Lana akan berkahwin tak lama lagi.

Kalau benar, baguslah sebab benda baik memang elok dipercepatkan!

Sebelum ini Lana pernah dikaitkan menjalin hubungan cinta dengan lelaki mat salih dan pelakon, Johan As’ari.

Sumber : mynewshub

Filled Under: