Nikah Awal Di Hospital Supaya Dapat Jaga ‘Cik Abang’


Upacara akad nikah sememangnya momen yang mendebarkan buat pasangan pengantin, lebih-lebih lagi pengantin lelaki.

Apa tidaknya, hanya dengan lafaz ‘aku terima nikahnya’ maka si lelaki sudah bergelar suami, sekaligus mengambil alih tugas bapa si isteri.

Kalau si lelaki tidak bersedia dari awal, mahu sampai berkali-kali dibuatnya…!

Menerusi gambar yang dikongsikan ini, seorang pengantin lelaki dirakam melafazkan akad nikahnya di hospital kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.


Nikah Awal Di Hospital Supaya Dapat Jaga ‘Cik Abang’, info, terkini, sensasi, berita

Bagi kami walaupun dalam keadaan serba sederhana namun inilah contoh terbaik tentang hikmah ikatan pernikahan iaitu perkongsian hidup tanpa mengira susah mahupun senang.

Walaupun tanpa persalinan raja sehari dan pelamin indah, insya-Allah inilah majlis paling diberkati kerana ia bertujuan menghalalkan ikatan bukan mahram, jadi si isteri dapat menjaga suami yang sedang terlantar sakit.

Majlis akad nikah pasangan ini sepatutnya dilangsungkan pada 6 Mac lepas, tetapi mereka disatukan sebagai suami isteri lebih awal agar bakal isteri dapat menjaga pilihan hatinya di hospital.

Selamat pengantin baru kami ucapkan kepada pasangan ini, semoga dikurniakan barakah dalam melayari rumah tangga.

Sumber : mynewshub.cc

Filled Under: