Luahan menyayat hati Umie Aida sukar untuk hamil


Melewati usia yang mencecah ke angka 41 tahun pada 18 Januari lalu telah mematangkan diri selebriti wanita ini. Bukan sahaja gaya dan pertuturan malah Datin Paduka Umie Aida juga mengakui pendapat dan tindakannya menanggani liku-liku hidup juga semakin matang.


Luahan menyayat hati Umie Aida sukar untuk hamil, info, terkini, hiburan, sensasi, umie aida

Dalam meniti kehidupan sehariannya, pelakon filem 'Embun' ini mengakui kian sunyi dek dua anaknya yang sudah besar dan mempunyai kehidupan sendiri. Terdetik dihatinya untuk mempunyai anak lagi bagi mengubat kerinduannya.

"Saya terlalu sukakan budak-budak tetapi inilah dugaan untuk saya. Allah tidak memberikan saya zuriat dan kami masih belum ada rezeki untuk itu. Lagipun doktor beritahu saya ada penyakit dan peluang untuk mengandung itu agak sukar. Alhamdulillah saya reda dengan ujian ini dan mungkin Allah ingin menguji untuk melihat sejauh mana kesabaran saya. Saya juga tidak tertekan memikirkan tentangnya," ujarnya lagi yang kini sibuk membuat persediaan untuk memulakan sebuah perniagaan yang masih dirahsiakan.

Disebabkan itu, Umie juga mendedahkan bahawa dia merancang untuk mengambil seorang anak angkat jika suami mengizinkannya dalam masa terdekat ini.

"Saya ada dua anak tetapi anak-anak saya sudah dewasa. Mereka sudah ada kehidupan sendiri dan kadangkala saya sunyi. Suami pula sibuk bekerja. Saya sedang memujuk suami untuk mengambil seorang anak angkat dan jika dia izinkan, insyaAllah semua akan menjadi kenyataan. Itu pun jika mendapat keizinannya.

"Lebih kurang dua atau tiga tahun lalu, saya pernah menjaga seorang kanak-kanak lebih kurang seminggu. Tetapi kerana kurang mendapat kebenaran dari suami, saya batalkan niat itu. Disebabkan terlalu sukakan budak-budak, saya rapat dengan anak-anak buah," ujar Umie yang kerap berkunjung ke rumah kebajikan atau menghabiskan masa bersama anak-anak yang memerlukan jika punya kesempatan.

Sumber : Mediahiburan

Filled Under: