Kerana Tidur Semasa Bertugas, 2 Anggota Polis Terlibat Diarah Bertukar 24 Jam


Ketua Polis Pulau Pinang, Dato' Wira Abd. Rahim Bin Hj Hanafi hari ini melalui kenyataan medianya telah mengambil tindakan tegas terhadap dua orang polis yang dipercayai tidur semasa bertugas.


Kerana Tidur Semasa Bertugas, 2 Anggota Polis Terlibat Diarah Bertukar 24 Jam, info, terkini, berita, Polis

Tindakan itu diambil berikutankan sekeping gambar menjadi viral di laman sosial yang memaparkan dua orang pegawai polis dari Balai Polis Komuniti Mak Mandin yang tidur di dalam balai tersebut.

Menurut kenyatan media tersebut, kedua-dua anggota polis ini telah diarah bertukar dalam tempoh 24 jam ke Bilik Gerakan, Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.


Kerana Tidur Semasa Bertugas, 2 Anggota Polis Terlibat Diarah Bertukar 24 Jam, info, terkini, berita, Polis

Ia adalah tindakan sementara yang diambil sambil menunggu tindakan disiplin yang bakal dikenakan terhadap mereka. 

Sumber : Siakapkeli

Filled Under: