Jutawan PhytoScience Tayang Kereta Mewah


Sebut saja MLM, pelbagai tanggapan yang diberikan oleh masyarakat terhadap perniagaan yang berasaskan Multi Level Marketing. Ada juga yang mengelar MLM itu sebagai Meeting Larut Malam kerana sudah menjadi kebiasaan agen MLM akan mengajak 'orang baru' untuk bermesyuarat di restoran 24 jam.


Jutawan PhytoScience Tayang Kereta Mewah, info, terkini, sensasi, berita, MLM, Multi Level Marketing

Terbaru, beberapa gambar dimuat naik ke laman Facebook yang menunjukkan ahli-ahli PhytoScience berkumpulan di tempat letak kereta Royal Chulan Hotel.
Jutawan PhytoScience Tayang Kereta Mewah, info, terkini, sensasi, berita, MLM, Multi Level Marketing

"Last night Dinner at Royal Chulan Hotel. Orang luar ingat ini pertunjukan sport cara. Tetapi rupanya ini jentera-jentera yang telah terhasil oleh jutawan-jutawan PhytoSciene yang baru dua tahun yang hadir ke dinner semalam. Allahuakbar.

"Company baru dua tahun tapi dah bersepah sport car terhasil. Macam mana lagi (untuk) lima tahun (yang akan datang)? Inshallah ada lagi slot untuk saya dan kalian yang harini bangun bertindak," katanya.

Wow! Jika benar, kami juga turut tumpang gembira dengan rezeki yang mereka perolehi itu.

Tetapi rata-rata golongan penggiat MLM ini menjadikan kereta mewah sebagai pengukur kejayaan. Maka, timbul satu persoalan dari netizen,

"Jika benar mereka berjaya dengan cemerlang dalam MLM, kenapa tak beli rumah dan tunjukkan geran rumah? Paling koman pun, kenapa tak beli emas? Bukankah kereta ini adalah satu liabiliti?"

Ada benarnya juga soalan yang dibangkitkan itu. Tidak kurang juga, ada yang mendakwa kereta mewah itu hanya disewa bagi menyakin para pelabur baru bahawa ahli-ahli yang lama telah berjaya dan mendapat pulangan pelaburan wang yang beribu-ribu ringgit.

Jika benar, alhamdulillah. Tetapi kami sendiri banyak melihat kegagalan anak-anak muda terutamanya di kalangan penjawat awam yang telah diperangkap menyertai MLM yang kecundang di tengah jalan.


Jutawan PhytoScience Tayang Kereta Mewah, info, terkini, sensasi, berita, MLM, Multi Level Marketing

Akibatnya, hutang yang berpuluh-puluh ribu itu terpaksa ditanggung bertahun-tahun lamanya. Inilah bebanan yang tidak sepatutnya ada. Apa gunanya ingin cepat kaya jika di masa depan menanggung bebanan hutang yang banyak?

"Sorry to say, aku sedih apabila MLM semakin berleluasa. Sedih kerana 90% yang join MLM ini adalah bangsa Melayu.

"Bagi aku, MLM hanya menjatuhkan orang melayu. 10 orang join, hanya 2 orang saja yang berjaya dan kejayaan dua individu itu akan dihebohkan. Baki 8 orang pula hanya terpaksa mengigit jari dan terpaksa menanggung bebanan hutang bertahun-tahun lamanya," kata Heiry Ahmad yang kesal dengan sikap ingin cepat kaya bangsa Melayu khususnya orang muda.

Berhujahlah bagaimana sekali pun, artikel ini pasti ada yang akan bangkang dan menafikannya. Tetapi ingatlah para pengiat MLM dan juga yang bakal-bakal menyertai skim perniagaan seperti ini,

"Kau nak berjaya macam aku, kau kena buat loan puluh² ribu dan labur pada bisnes ni. Selepas tu kau kena cari orang lain dan pujuk mereka join dan buat loan untuk melabur dalam bisnes ni juga, dan kau akan dapat komisen,"

Maksudnya apa? Fahamilah sendiri. MLM ini banyak negatif dari positif dan belum pernah ada seorang pun ahli MLM dimasukkan dalam senarai jutawan di Malaysia.

Sumber : thehypemedia

Filled Under: