Isteri Ashraf Muslim Luah Perasaan Sebagai Isteri Kedua


Terkesima tatkala membaca luahan hati isteri kedua Ashraf Muslim, Wan Sakinah di laman Instagram miliknya.


Isteri Ashraf Muslim Luah Perasaan Sebagai Isteri Kedua, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Ashraf Muslim

Mana taknya, seluruh Malaysia tahu mengenai konflik yang melanda rumahtangga Ashraf apabila dia bertindak berkahwin dengan Wan Sakinah satu ketika dulu.

Namun, hingga hari ini, tak siapa tahu apa perasaan sebenar Wan Sakinah apabila bergelar isteri kedua dan menerima pelbagai kata-kata negatif dari masyarakat.


Isteri Ashraf Muslim Luah Perasaan Sebagai Isteri Kedua, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Ashraf Muslim

Kalau nak tahu, luahan ini sebenarnya dibuat demi menjawab pertanyaan pengikut instagram yang kerap bertanya mengenai realiti kehidupan Sakinah.

Apa yang menyentuh hati kami, Sakinah sendiri mengakui bahawa isteri kedua sememangnya tiada tempat dihati wanita lain diluar sana.


Ashraf Muslim, gosip, hiburan, info, Isteri Ashraf Muslim Luah Perasaan Sebagai Isteri Kedua, sensasi, terkini,

Salam. Maaf lewat memberi maklum balas. Ramai yg menghantar email kepada saya bertanya bagaimana saya selaku isteri kedua, menghadapi makian daripada orang sekeliling. Ini jawapannya. “Semua yg terjadi telah tertulis”. Samada anda memilih utk bahagia atau derita, semuanya terpulang kepada anda. Jangan biar orang lain pengaruhi kehidupan kita. Allah sudah berikn nikmat kepada saya, suami yang mencintai & anak yg sihat. Alhamdulillah. Jadi kenapa saya mesti tunduk kepada manusia yang membenci saya? Kepada isteri kedua sekalian, memang kita tiada tempat yang istimewa dihati perempuan diluar sana. Tak kire la kahwin kat Malaysia atau Thailand.

Semua wanita berhak bahagia. Betul tak? Begitu juga pesan Sakinah kepada wanita-wanita yang senasib dengannya.

    Percayalah dengan apa yang Allah tentukan untuk kita. Hiduplah dengan bahagia. Bersyukurlah. Walau hakikatnya kadang-kadang kite merungut, marah, sedih, tapi tetapkan dalam hati, hidup ini indah!

Pada kami, baik Dayana mahupun Sakinah, kedua-dua wanita ini wajar dipuji. Maklum sajalah, hidup berpoligami tidak semestinya tak bahagia.

Tapi, ada ura-ura mengatakan Sakinah kini hamil anak kedua. Betul ke? Jika benar apa yang disampaikan ini, tahniah kami ucapkan.

Sumber : ohbulan

Filled Under: