Fly Mojo Syarikat Penerbangan Terbaru Malaysia


Rakyat negara ini kini mempunyai lebih pilihan untuk menggunakan pengangkutan udara apabila sebuah lagi syarikat penerbangan, Fly Mojo Sdn. Bhd. (Fly Mojo) akan mula beroperasi pada Oktober ini.
 

Fly Mojo Syarikat Penerbangan Terbaru Malaysia, info, terkini, berita, syarikat penerbangan baru

Fly Mojo memilih Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor, sebagai hab utamanya dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah, sebagai pangkalan kedua.

Syarikat itu dijangka menggunakan pesawat Bombardier jenis CS100, iaitu syarikat pertama menggunakannya di rantau ini.

Difahamkan, Fly Mojo masih menilai segmen perkhidmatan yang ditawarkan namun memberi fokus terhadap penerbangan tambang murah.

Sumber : mediahiburan

Filled Under: