Dipilih untuk menerajui malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 (ABPBH 2014) buat kali kedua, penyanyi kecil molek Amy Mastura mendedahkan bahawa dia berasa gembira dan takut pada masa yang sama. Pelantun lagu “Sha Na Na” ini diberi mandat untuk mengemudi acara ini sekali lagi atas maklum balas positif yang diterima olehnya pada edisi tahun lalu.
“Alhamdulillah, sekali lagi saya dipilih untuk menjadi pengacara bagi ABPBH. Saya gembira apabila orang sukakan cara saya mengacara tetapi pada masa yang sama timbul rasa lain pula. Saya rasa takut apabila orang meletakkan harapan yang tinggi,” ujar Amy membuka bicara.
Bakal bergandingan di atas satu pentas dengan pelakon Sherry Alhadad dan penyampai radio Hot FM, AG, Amy masih belum pasti bagaimanakah corak pengacaraan yang bakal mereka sajikan kepada penonton nanti.

“Saya masih lagi tidak tahu apa yang bakal terjadi di malam itu nanti. Bila saya dapat skrip kelak, baru proses perbincangan bersama Sherry, AG dan tenaga produksi akan berlangsung. Dari situ kita akan mencorak apa yang bakal dilakukan pada malam berprestij itu. Saya berharap semuanya berjalan lancar,” katanya.
Ketika ditanya apakah yang bakal dilakukan oleh Amy Mastura untuk seimbangkan cara penyampaiannya dengan cara pengacaraan AG dan Sherry, penyanyi lagu “Kasih Suci” ini menyatakan yang dia akan mengikut rentak dua orang pengacara tersebut.
“Pertamanya, saya harus blend dengan cara orang muda seperti AG dan Sherry, barulah apa yang cuba disampaikan itu ‘in‘. Untuk majlis berprestij seperti ABPBH 2014, kami akan cuba memberikan yang terbaik agar semuanya terhibur,” ujar Amy mengakhiri bicara.
Sumber : extra.tonton