Seorang ahli kongsi gelap 08 warga tempatan berusia 37 tahun maut selepas berbalas tembakan dengan polis dalam kejadian di Kampung Baru Hicom, dekat sini kira-kira jam 9 pagi tadi.
Ketua Polis Selangor, Datuk Abu Samah Mat berkata, sebelum kejadian sepasukan anggota polis dari Kontinjen Selangor membuat rondaan di sekitar Seksyen 33 di sini dan terserempak dengan suspek dalam keadaan mencurigakan.
"Polis cuba menahan lelaki itu untuk tujuan pemeriksaan namun suspek melarikan diri dengan sebuah kereta.
"Selepas kira-kira sejam aksi kejar-mengejar polis menemui kenderaan suspek sebelum suspek bertindak melepaskan tembakan yang mengancam nyawa polis namun suspek berjaya ditembak dan mati di tempat kejadian," katanya.
Menurutnya, siasatan mendapati suspek mempunyai 13 rekod jenayah lampau selain kes dadah, bunuh serta ahli geng kongsi gelap.
Sumber : hmetro.com.my