Sebuah feri Pulau Pinang yang dalam perjalanan dari Terminal Feri Sultan Abdul Halim, di sini ke Pengkalan Raja Tun Uda, George Town terpaksa berpatah balik selepas mengalami masalah enjin pada Jumaat.
Menurut jurucakap feri seorang petugas menyedari terdapat kepulan asap tebal di bahagian enjin feri kira-kira 10 minit selepas Feri Pulau Payar itu berlepas dari terminal berkenaan.
“Kepulan asap hitam itu boleh dilihat dari terminal dan Pengkalan Raja Tun Uda, bagaimanapun kejadian pada 10.30 pagi itu tidak melibatkan kebakaran,” katanya ketika dihubungi di sini.
Beliau berkata ketika kejadian feri dua tingkat itu membawa kira-kira 300 penumpang termasuk mereka yang berada dalam kenderaan masing-masing di tingkat bawah.
“Feri berkenaan berpatah balik ke terminal dan semua penumpang serta kenderaan dipindahkan ke feri lain sebelum mereka meneruskan perjalanan,” katanya.
Jurucakap itu berkata berdasarkan pemeriksaan awal, bahagian enjin feri itu rosak menyebabkan kepulan asap hitam keluar dari bahagian belakang feri yang menempatkan enjin feri.
“Pihak pengurusan feri akan menjalankan pemeriksaan lanjut ke atas feri berkenaan bagi memastikan ia dalam keadaan baik untuk membawa penumpang dan kenderaan,” katanya. – BERNAMA