Bagi yang pernah melancong ke negeri Cik Siti Wan Kembang pasti maklum akan Bazar Haji Ibrahim, Rantau Panjang yang menjadi destinasi wajib bagi kaki shopping yang ingin mencari kelengkapan harian pada harga murah.
Semalam, pengunjung dan peniaga yang berada di bazar tersebut digemparkan dengan insiden kebakaran membabitkan 20 kedai yang akhirnya, hangus dijilat api dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang.
Memetik laporan Harian Metro, Pengarah Bomba dan Penyelamat Kelantan Azmi Osman berkata, pihaknya menerima panggilan pada 1. 20 petang dan bergegas ke tempat kejadian bersama kekuatan 20 anggota.
Jelasnya, operasi pemadaman kebakaran tersebut telah membabitkan empat Balai Bomba dan Penyelamat iaitu Pasir Mas, Pengkalan Kubor, Golok dan Rantau Panjang sendiri.
“Anggaran kerugian masih belum dapat dikenal pasti namun kita menjangkakan sekurang-kurangnya 20 kedai hangus kerana ia berderet-deret. Punca kebakaran juga masih dalam siasatan. Tiada juga kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya.
Untuk makluman, kebanyakan barang jualan di bazar tersebut adalah peralatan dapur, pakaian dan tilam toto.

Artikel Terdahulu : Pegawai Bertugas Pada Hari Nahas QZ8501 Digantung Kerja
Sumber : mynewshub.cc