Siapa tak suka benda free kan? Lagi-lagi apabila berpeluang mendapat tiket penerbangan percuma untuk menonton perlawanan akhir pertama AFF Suzuki 2014 di Bangkok pada 17 Disember ini.
Tak cukup dengan itu, menerusi laman Twitternya, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes akan membiayai penginapan 5 orang pemenang bertuah itu di Tune Hotel Bangkok! Fuh. Kami pun nak!
Dek kerana itu, ramailah netizen mula mencuba nasib dengan memuat naik foto mereka menggayakan pakaian atau kostum terbaik Harimau Malaya.
Kami tengok pelbagai ragam dan aksi yang mereka lakukan semata-mata demi mendapatkan offer Tony Fernandez tu. Siap ada yang tangkap gambar dengan harimau. Haha.
Jadi, anda semua apalagi, cepatlah upload aksi terbaik anda. Mana tahu anda boleh tengok team Harimau Malaya beraksi menentang Thailand nanti. Free of charge ooooii!
Sumber: Astro Awani
Sumber: Astro Awani