Peraturan 'Bodoh' Mengenakan Lesen Memancing


Semalam kecoh di laman sosial apabila tersebarnya cadangan mengenakan lesen memancing yang didakwa akan dilaksanakan mulai awal tahun 2015.


Peraturan 'Bodoh' Mengenakan Lesen Memancing, info, terkini, berita, sensasi, Jabatan Perikanan

Cadangan yang tidak masuk akal itu telah membangkitkan kemarahan kaki-kaki pancing seluruh negara.

Ini berikutan tersebarnya surat dari Jabatan Perikanan kepada persatuan-persatuan pemancing di negeri-negeri ke taklimat cadangan perlesenan penangkapan ikan pantai dan laut terbuka di Ibu Pejabat Perikanan Malaysia pada 11 Disember yang lalu.

Majoriti kaki pancing berpendapat bahawa cadangan mengenakan lesen itu seolah-olah menyekat hobi dan menimbulkan serta menambahkan lagi kemarahan rakyat kepada kerajaan.

Lebih teruk lagi, cadangan tidak masuk akal berkenaan tidak diketahui oleh menterinya sendiri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"Saya tidak tahu pun tentang cadangan peraturan ini. Saya hanya baca dalam Facebook. Saya telah arahkan supaya dibatalkan cadangan peraturan yang tidak masuk akal ini," katanya melalui Facebook.

Katanya lagi, dia juga turut marah dengan cadangan yang tidak masuk akal ini.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun, tidak menafikan bahawa ada aktiviti haram mengebom ikan, tuba, malah menggunakan racun sebagai jalan mudah untuk meraih hasil laut.

Namun, adalah tidak wajar membabitkan para pemancing dalam hal ini.

"Ada peraturan dan undang-undang untuk menghukum mereka ini. Tak perlu orang memancing pun dikaitkan dan dimangsakan.

"Don't worry semua. Saya beri jaminan cadangan ini akan saya arahkan batal serta merta," katanya.

Sumber : mymediahubonline.blogspot.com

Filled Under: