Mangsa Banjir Di Tenom, Beaufort Dipindahkan


Hujan lebat semalaman di Tenom dan Beaufort, Sabah mengakibatkan lebih 100 penduduk terpaksa dipindahkan berikutan banjir.


Mangsa Banjir Di Tenom, Beaufort Dipindahkan, info, terkini, berita, bencana banjir, mangsa banjir

Walaupun keadaan cuaca bertambah baik dan paras air surut setakat pukul 10 pagi Selasa, namun kebanyakan penduduk masih bimbang hujan lebat bakal berlaku pada sebelah petang.

Paras air di Sungai Padas dan Empangan Pangi di Beaufort naik pada tahap berbahaya dan melimpat pada awal pagi Selasa.

Pegawai perhubungan awam Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Mohd Affendy Ramin berkata, seramai 14 orang dari Kg Tenom Lama dipindahkan dan dihantar ke tempat perlindungan sementara di Dewan Sri Antanom yang terletak berdekatan dengan kampung itu.

"Sejumlah 46 keluarga dengan 128 orang dari beberapa kampung di Beaufort turut dipindahkan dan dihantar ke Dewan Baru Beaufort," katanya.

Kebanyakan jalan di Beaufort masih ditenggelami air tetapi boleh dilalui banyak kenderaan.

"Kami memantau keadaan banjir dan akan mengemaskini keadaan itu dari semasa ke semasa," kata Mohd Affendy.

Artikel Terdahulu : Penjawat Awam Wanita Boleh Cuti Selama 5 Tahun Jaga Anak

Sumber : mstar.com.my

Filled Under: