Beberapa ibu bapa pelajar yang datang ke sekolah untuk mengambil keputusan peperiksaan PT3 (Pentaksiran Tingkatan 3) telah meluahkan ketidak puasan dan menyatakan pelajar tingkatan tiga tahun ini dijadikan bahan ujikaji dan mereka jadi mangsa kepada keputusan peperiksaan yang boleh disifatkan sebagai hancur.
Ibu tunggal, Solarazimon Abdul Aziz menyatakan perubahan sistem peperiksaan daripada Penilaian Menengah Rendah (PMR) kepada PT3 tidak patut diadakan secara mengejut.
“Selama tiga tahun anak-anak tidak ditekankan kepada sistem peperiksaan dan tidak mengikuti pembelajaran seperti lazimnya, bagaimana mereka hendak menghadapi peperiksaan besar seperti PT3?
“Lebih teruk lagi, sebelum ini menteri kata tidak ada peperiksaan tetapi tiba-tiba, pada saat-saat akhir, diarahkan pula pelajar bersedia untuk PT3. Apa dah jadi?” katanya.
Tambahnya, dia yakin keputusan peperiksaan anaknya jauh lebih baik jika masih kekal dengan sitem PMR berbanding PT3 yang hasilnya amatlah mengecewakan.
Seorang lagi ibu kepada pelajar yang menduduki peperikasaan PT3, Fatimah Jais menyifatkan dasar kerajaan dalam membuat keputusan menukar PMR kepada PT3 sepatutnya dikaji dan dibuat secara berperingkat.
“Ibu bapa seperti diperbodohkan. Ikut sahaja apa kata menteri yang membuat dasar sedangkan dari awal lagi saya dah nampak apa yang cuba dipraktikkan melalui PTG ini akan gagal.
“Buktinya jelas, tak ada seorang pelajar pun yang dapat semua A dalam PT3 di sekolah anak saya di Hulu Langat dan lebih teruk lagi, hampir semua pelajar gagal dalam matapelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.
“Sudahlah gagal, layak pula masuk ke kelas aliran sains. Cuba bayangkan bagaimana mereka nak hadapi mata pelajaran di aliran sains yang lebih mencabar nanti,” luahnya.” ujarnya.
Artikel Terdahulu : Astro Jawab Dakwaan Haramkan Perkataan Islam

Sumber : katakcomel.my