Kane Bakal Timang Cahaya Mata

Penyerang Tottenham Hotspur Harry Kane dan kekasihnya, Kate Goodland mengumumkan mereka bakal menimang cahaya mata.

Kane Bakal Timang Cahaya Mata

Kane, 22, mendedahkan berita gembira itu menerusi laman Twitternya.

Menurut pemain kebangsaan England itu, dia akan bergelar bapa pada Januari tahun depan.

"Amat gembira, saya dan @Kate Goodlandx akan menimang cahaya mata pertama kami!Tidak sabar menunggu kelahiran ini!".

Kane menjaringkan 25 gol dalam aksi Liga Perdana Inggeris musim lalu tetapi gagal menyerlah pada Euro 2016 selepas England tewas kepada Iceland dalam kelompok 16 pasukan terakhir.

Beliau merupakan pemain England kedua yang berkongsi berita gembira itu dengan penyokong.

Terdahulu, penyerang Leicester, Jamie Vardy mengumumkan akan menimang anak kedua bersama isterinya, Rebekah.

Kedua-dua pemain itu mengucapkan terima kasih kepada penyokong di atas ucapan mereka.

"Terima kasih di atas mesej yang menyenangkan hati. Jamie dan saya amat gembira. Setiap orang berhak menikmati kebahagiaan."-mstar

Punca Aksi United-City Di China Batal

Pertembungan pra musim yang dinanti-nanti antara Manchester United dan Manchester City pada siri jelajah di China terpaksa dibatalkan berikutan cuaca buruk dan keadaan padang yang membahayakan pemain.

Punca Aksi United-City Di China Batal

Ia merupakan pertemuan pertama antara Jose Mourinho dan Pep Guardiola dalam tempoh tiga tahun selepas kedua-duanya masing-masing mengambil alih United dan City pada musim panas ini.

"Akibat cuaca buruk, penganjur kejohanan dan kelab terlibat memutuskan untuk membatalkan perlawanan Piala Juara Antarabangsa malam ini," tulis United di laman Twitter kelab itu.

Terdahulu Mourinho menegaskan kedua-dua pasukan itu tidak sepatutnya bertemu pada aksi persabahatan, sebaliknya perlu berentap di Old Trafford atau Etihad atau aksi final di Wembley.

"Saya rasa Beijing tidak bernasib baik kerana keadaan padang yang teruk. Keadaan pemain saya lebih penting berbanding keputusan jelajah pra musim. Saya hanya ada satu impian iaitu pemain pulang dalam keadaan selamat," katanya.

Kini, kedua-dua pasukan hanya mempunyai satu lagi perlawanan pra musim yang perlu diharungi.

City akan bertemu Borussia Dortmund pada aksi final Piala Juara Antarabangsa di Stadium Shanzhen pada Khamis manakala United pula terbang ke Gothenburg, Sweden untuk menentang Galatasaray pada Ahad.

Anak buah Guardiola akan berkunjung ke Sunderland pada aksi sepak mula Liga Perdana Inggeris, 13 Ogos depan.

United pula akan menentang Bournemouth pada keesokan harinya.-mstar

Pertemuan Pogba-Raiola Hangatkan Rundingan Man United

Paul Pogba dikatakan semakin hampir dengan perpindahannya ke Manchester United menerusi perjanjian £110 juta (RM588.75 juta).

Pertemuan Pogba-Raiola Hangatkan Rundingan Man United

Pemain tengah Perancis itu dilihat menikmati percutian di Miami bersama ejennya, Mino Raiola.

Pogba terus membuatkan semua pihak berteka-teki selepas memuat naik gambar percutian di akaun Instagramnya dengan kapsyen yang samar-samar yang mungkin dikaitkan dengan masa depannya.

Juventus hanya mahu melepaskan pemain yang berhijrah dari Manchester United pada 2012 dengan tawaran £110 juta.

Kelab Itali itu terus bertegas dengan tawaran berkenaan dan sama sekali tidak akan mengubah pendirian mereka. - Mail Online

Selena Gomez Pilih Pakaian Hormati Budaya Malaysia

Berbaju lengan panjang dan berseluar panjang warna hitam menjadi pilihan bintang pop Amerika, Selena Gomez bagi menghormati budaya dan agama di Malaysia.

Selena Gomez Pilih Pakaian Hormati Budaya Malaysia

"Pakaian baharu bagi menghormati budaya dan agama di Malaysia," menurut 'tweet' di Selena Gomez News @SelenaHQ yang dimuat naik pada Isnin malam semasa bintang itu menghiburkan ribuan peminatnya di konsert di Stadium Tertutup Melawati, Shah Alam.

Gomez yang julung kali mengadakan persembahan di Malaysia, menyampaikan beberapa lagu popularnya seperti Good For You, Hands To Myself and Same Old Love, as well as old favourites, Who Says dan Love You Like A Love Song.

Konsert Gomez pada Isnin malam merupakan lokasi kedua progam jelajah di Asia 'Revival World Tour' bagi mempromosikan album terbaharu.

Penganjuran konsert itu mendapat bantahan daripada PAS, dengan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan Pembangunan Desa Dan Kampung Tradisi Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, sebelum ini meminta semua masjid dan surau di Selangor mengadakan solat hajat bagi memohon konsert Selena Gomez dibatalkan.

Pengerusi Lajnah Dakwah Pemuda PAS, Hafez Sabri sebelum ini menyuarakan bantahan terhadap penganjuran konsert penyanyi itu yang dianggap mencemarkan kemuliaan Syawal.

Hafez dalam satu kenyataan juga dilaporkan berkata, kedatangan Selena Gomez dianggap menghidupkan budaya hedonisme dalam kalangan generasi muda di negara ini.-mstar

Lindsay Lohan Dedah Sikap Curang Teman Lelaki Di Twitter

Pelakon Lindsay Lohan secara terbuka mendedahkan perbuatan teman lelakinya, Egor Tarabasov selepas berjaya menangkap lelaki bersikap curang terhadapnya.

Lindsay Lohan Dedah Sikap Curang Teman Lelaki Di Twitter

Mirror melaporkan Lindsay menyerang lelaki berkenaan menerusi Twitter dengan mendedahkan gambar dan video Egor, 23, sedang berfoya-foya bersama seorang wanita yang juga kenalannya dikenali sebagai Dasha Pashevkina di sebuah kelab baru-baru ini.

Dalam salah satu status yang ditulis pelakon Mean Girls itu, dia turut mendedahkan Egor adalah tunangnya.

"Terima kasih kerana tidak pulang ke rumah malam ini. Kemasyhuran mengubah manusia.

"Rasanya saya pernah melalui usia 23 tahun. Tempoh yang teruk, tapi ia akan berubah apabila anda mencapai usia 26 atau 27," katanya yang turut menggelar Dasha sebagai pelacur.

Ini bukan kali pertama hubungan pasangan itu bermasalah dan Lindsay sebelum ini pernah melempar telefon milik Egor ke dalam laut ketika mereka bercuti di Greece.-mstar

Joe Allen Berhijrah Ke Stoke City

Stoke City melengkapkan perpindahan Joe Allen dari Liverpool menerusi kontrak selama lima tahun. Pemain tengah skuad kebangsaan Wales itu berhijrah dari Liverpool dengan perjanjian bernilai £13.5 juta (RM72.23 juta).

Joe Allen Berhijrah Ke Stoke City

Tawaran Stoke memenuhi penilaian Liverpool terhadap pemain yang masih mempunyai kontrak berbaki kurang 12 bulan.

Empat tahun lalu, Liverpool mendapatkan Allen dengan £15 juta (RM80.28 juta).

Allen memberitahu laman web kelab itu: "Saya begitu teruja sebaik sahaja mendengar hasrat kelab dan ia bukannya mudah untuk saya membuat keputusan. Saya amat terujua mengenai masa depan saya di Stoke City." - Mail Online

Yana Samsudin Selamat Melahirkan Bayi Lelaki

Pelakon Yana Samsudin selamat melahirkan bayi lelaki pada Khamis lalu. Berita tersebut dikongsikan oleh suaminya, Fadzil Zahari menerusi akaun Instagram miliknya menerusi sekeping gambar dia sedang mendukung bayi pertama mereka itu.

Yana Samsudin Selamat Melahirkan Bayi Lelaki

"Bismillahiramanirrahim. Assalamualaikum. Alhamdulillah, isteri saya Yana Samsudin selamat melahirkan seorang baby boy (bayi lelaki) pada 21 Julai 2016," katanya menerusi kapsyen gambar berkenaan.

Dalam pada itu, Fadzil menerusi status sama, meluahkan rasa terharu dan terima kasih kepada isterinya itu kerana telah bersusah payah melalui proses melahirkan anak mereka.

"Terima kasih kepada isteri yang bersusah payah, bersakit-sakit dalam proses melahirkan, tak ternilai jasa dan pengorbanannya. I love u so much sayang," katanya.

Yana Samsudin Selamat Melahirkan Bayi Lelaki

Fadzil turut melahirkan rasa syukur atas doa daripada keluarga dan rakan-rakan mereka berdua atas kelahiran bayi pertama itu.

Pasangan itu berkahwin pada 13 Februari tahun lalu.-mstar

Sidang Media Kecoh Selepas Muncul Bekas Adik Ipar Isteri Kedua Adi Putra

Sidang media pelakon Adi Putra bagi menjelaskan perkahwinan keduanya dengan janda anak satu pada Isnin bertukar panas apabila muncul bekas adik ipar isteri pelakon itu.

Sidang Media Kecoh Selepas Muncul Bekas Adik Ipar Isteri Kedua Adi Putra

Wanita yang dikenali sebagai Nur Farah Ilyana, 25, bangun bertanyakan soalan tindakan Adi memburukkan abangnya selain mendedahkan nombor telefon bimbit lelaki dikenali sebagai Raziman itu di laman sosial Instagram miliknya baru-baru ini.

Nur Farah turut menjelaskan abangnya itu tidak pernah memuat naik sebarang luahan perasaan yang mendakwa bekas isterinya itu meninggalkan dia kerana Adi seperti mana tersebar di laman sosial sebelum ini.

"Kehadiran saya pada majlis ini cuma ingin menjelaskan abang saya tidak pernah membuat sebarang status untuk memviralkan luahan perasaan di Facebook mengenai rumah tangganya bagi mencari simpati atau publisiti seperti mana yang tersebar sebelum ini.

"Saya cuma ingin bertanya apakah motif Adi pula menyebarkan nombor telefon abang saya itu di Instagram? Tindakan itu telah memberi tekanan kepada abang saya kerana ramai yang menelefon dan menggangunya," kata wanita itu.

Adi bagaimanapun tenang mendengar soalan daripada wanita berkenaan namun memberikan jawapan kurang jelas terhadap tindakannya itu.

"Adik mungkin lebih kenal abang sendiri dan ia mungkin mengaibkan dia pula.

"Saya tidak menyalahkannya dan jika benar dia difitnah ia sepatutnya dijelaskan kerana dia tidak bersalah.
Gambar perkahwinan Adi dengan isteri keduanya yang tersebar baru-baru ini.

"Kehadiran saya pada hari ini juga bukan untuk berdebat tetapi ingin memberi penjelasan pihak saya sahaja," katanya.

Sementara itu, Nur Farah ketika ditemui selepas selesai sidang media berkenaan menjelaskan dia tidak berniat untuk membuat kecoh sebaliknya hanya ingin menjelaskan perkara sebenar tentang abangnya.

Bagaimanapun Adi meminta pihak media tidak meneruskan temubual bersama Nur Farah kerana wanita berkenaan tidak bersalah sebelum memintanya meninggalkan majlis.

Dalam perkembangan sama, Adi pada sidang media berkenaan mengesahkan sudah berkahwin buat kali kedua pada 20 Jun lalu di kediaman keluarga isteri keduanya itu yang dikenali sebagai Nur Shahida.

Sidang Media Kecoh Selepas Muncul Bekas Adik Ipar Isteri Kedua Adi Putra

Bagaimanapun Adi enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai perkahwinan tersebut kerana ingin menjaga privasi kedua-dua isterinya selain ia melibatkan keluarga kedua-dua belah pihak.

"Perkara yang tersebar itu benar. Saya bernikah dengan isteri kedua pada 20 Jun lalu dalam satu majlis yang diadakan di kediaman isteri kedua tetapi saya tidak dapat dedahkan butiran lanjut," katanya.
Nur Farah hadir kerana ingin memberi penjelasan mengenai tuduhan dilemparkan terhadap abangnya.

Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 35, berkata, dia berdiam diri sebelum ini bukan kerana ingin melarikan diri sebaliknya perlu melunaskan tanggungjawab terhadap keluarga terlebih dahulu sebelum tampil membuat penjelasan.

Malah katanya dia ada merancang untuk mendedahkan perkara itu kepada umum namun ia terlebih dahulu tersebar luas di media sosial.

"Saya tiada niat untuk merahsiakan kerana saya sedar status sebagai seorang selebriti, pergi ke mana pun orang tetap akan kenal.

"Cuma saya tidak sempat untuk kongsikan sendiri kerana ia telah tersebar namun saya tidak salahkan sesiapa," katanya.

Bercakap lanjut mengenai perkahwinan tersebut, Adi berkata, ia bukan atas dasar perniagaan mahupun zuriat seperti diperkatakan sebalik dia menyifatkan ia sebagai anugerah.

Mengakui bukan mudah untuk berkahwin lebih daripada satu, Adi bagaimanapun menerima ketentuan itu dengan hati terbuka.

"Orang boleh kata apa sahaja kerana saya tidak boleh halang tetapi perkahwinan ini bukan kerana perniagaan atau pun anak.

"Anak tidak pernah menjadi isu di antara saya dan isteri pertama (Aida) kerana ia bukan hak kami untuk menentukannya," ujarnya.

 Dalam perkembangan sama, Adi tidak menafikan mengenali isterinya itu ketika wanita berkenaan masih berstatus isteri orang.
Adi berkata dia sedar dengan tanggapan masyarakat melabelnya sebagai perampas namun menganggap ia hak masing-masing.

"Saya berkenalan dengannya sekitar tujuh atau lapan bulan lalu ketika dia masih berstatus isteri orang namun saya tidak ambil tahu apa masalah rumah tangga mereka.

"Tiada siapa yang ingin jadi seorang perampas dan jika itu label diberikan oleh masyarakat itu hak mereka.

"Saya tetap dengan pendirian sendiri bahawa perkahwinan ini sebagai satu anugerah," katanya.

Adi meminta pihak media tidak terus menemubual Nur Farah sebelum memintanya pulang.

Terdahulu foto perkahwinan kedua Adi telah tersebar pada Sabtu minggu lalu yang antara lain mengaitkan perkahwinan rahsianya dengan seorang wanita berusia 33 tahun, seorang janda anak satu.

Akhbar melaporkan mereka berkahwin pada Ramadan lalu iaitu 19 Jun lepas.

Adi bagaimanapun tidak menjawab sebarang panggilan telefon ketika dihubungi namun tidak lama kemdian dia memuat naik sekeping gambar bersama isteri pertamanya, Aida Yusof, 41, yang dipercayai dirakamkan di luar negara.

Rumah tangga Adi dan Aida sebelum ini pernah berhadapan dengan masalah apabila Adi memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur terhadap Aida pada 11 Mei 2012 namun membatalkan hasrat itu kemudiannya.

Hasil perkahwinan mereka sejak 14 April 2006, pasangan itu tidak mendapat cahaya mata kerana Aida sering keguguran namun mereka mempunyai seorang anak angkat perempuan berusia empat tahun.-mstar

Chef Riz dan Shikin Maembong Sudah Bercerai?

Hari ini kami ada dengar khabar angin yang mengejutkan apabila ada pihak yang mendakwa rumah tangga Chef Riz dan Shikin Maembong sudah pun berakhir.

Chef Riz dan Shikin Maembong Sudah Bercerai?

Dakwaan itu dibuat selepas melihat beberapa gambar terbaru Shikin di akaun Instagram miliknya yang memberikan bayangan seakan beliau kini sudah kembali solo dan hanya hidup berdua bersama anaknya Putri Arianna Natasya.

Chef Riz dan Shikin Maembong Sudah Bercerai?

Menurut Shikin, tekanan yang dialaminya sudah berkurangan dan beluau kini merasa lebih tenang.

Malah, dalam muat naik yang lain pula beliau mengakui sudah tersilap langkah sebelum ini dan kini bahagia hidup bersama anaknya.

Chef Riz dan Shikin Maembong Sudah Bercerai?

Hashtag #newjourneybegins #justthetwoofus yang disertakan oleh Shikin didalam fotonya itu juga mencetuskan pelbagai persoalan.

Terdahulu, Chef Riz pernah mengakui beliau menghadapi sedikit konflik bersama Shikin yang merajuk kerana beliau terlalu sibuk dengan kerjaya. Walaubagaimanapun, Chef Riz memberitahu masalah itu sudah selesai dan ia adalah lumrah untuk pasangan yang berkahwin mempunyai sedikit masalah.

Emmm, kami harap berita ini tidak benar. Iyalah, kesian juga pada anak perempuan mereka yang masih kecil. Tentu masih mahukan belaian dan kasih seorang ayah di sisi.-beautifulnara

Berb0gel Selepas Mengambil 'Ubat Zombie'

Seorang wanita bertelanjang telah dirakam orang ramai bergolek di atas sebuah jalan  di New York. Tidak banyak yang diketahui mengenai kejadian itu kecuali ia berlaku pada Prospect Avenue dalam kejiranan Longwood daripada Bronx.

Berbogel Selepas Mengambil 'Ubat Zombie'

Rakaman video yang menunjukkan wanita itu telanjang bergolek di dalam pertengahan jalan sebelum dua anggota polis mengiringi beliau ke kaki lima. Wanita itu mungkin telah mengambil ubat sintetik yang dikenali sebagai "ubat zombie" yang telah dikaitkan dengan banyak kes di mana pengguna itu telah dibogelkan.

November lalu, DEA berkata dadah itu telah muncul kembali di New York City.-ohdunia